SUASANA CERAMAH RAKYAT HAKIM NEGARA DI TAPAK EKSPO SEBERANG JAYA MALAM TADI.
Walaupun sebelah petangnya hujan turun agak lebat dan ketika ceramah disampaikan ceramah turun renyai-renyai namun sambutan diberikan penduduk tempatan kena juga akui amat memberangsangkan sekali.
Aura dan karisma DSAI masih ada sinarnya walaupun AMK dilihat gagal dalam melaksanakan tugas dan tanggung jawab mereka... AMK perlu berhenti terlalu bergayut kepada sinar tubuh DSAI semata-semata dalam meraih sokongan anak-anak muda.
Perlu ingat!!! .. ceramah ini diadakan di kawasan Parlimen Permatang Pauh, kubu kuat peribadi DSAI dan KeADILan... Walaupun kurang penghebahan rakyat tempatan tetap jua turun berduyun memberikan sokongan kepada Ahli Parlimennya.
Dari pengamatan dan maklumat di perolehi, majoriti yang hadir adalan golongan veteran, amat kurang golongan anak-anak muda.
Boleh dikategorikan berjaya dalam suatu sudut tetapi gagal dalam sudut yang lain... Perlunya AMK berkerja keras lagi bagi menambat jiwa dan minda anak-anak muda mendakap perjuangan Pakatan Rakyat .. perlu banyak menyemai info-info segar bagi membangkit keghairahan anak-anak muda kembali kepangkuan Pakatan Rakyat. Kredit Omakau
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..