Saturday, November 1, 2014

Adik Timbalan Menteri Kewangan Yang Memandu Kereta Bently Terselamat Darlam Kemalangan.


NASIB BAIK ADIK KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA, DATUK AHMAD MASLAN PANDU KERETA BENTLEY YANG TERLIBAT DALAM KEMALANGAN.



Adik lelaki kepada Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan, Rahim Maslan, 42, terselamat selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 202.1, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.30 petang, kereta jenis Bentley dipandu Rahim dipercayai hilang kawalan selepas cuba mengelak lopak air dalam hujan lebat sebelum kenderaan itu berpusing beberapa kali.

Rahim berkata, dia dalam perjalanan pulang ke Pontian, Johor selepas menghantar abangnya di Putrajaya sebelum terbabit kemalangan.

“Ketika tiba di tempat kejadian, hujan lebat sebelum saya nampak kenderaan di hadapan cuba mengubah haluan ke kiri lalu saya mengelak ke kanan, tetapi malangnya tanpa disedari terdapat lopak air di hadapan.

“Saya cuba menekan brek menyebabkan kereta terus berpusing lalu merempuh besi penghadang tengah dan terseret sebelum terhenti melintang di lorong kanan,” katanya.

Menurutnya, dia yang dihimpit beg udara sempat melihat kenderaan dari arah sama cuba mengelak merempuh keretanya sebelum sebuah treler menekan brek kecemasan dan hampir melanggar kenderaannya.

“Saya lihat bagaimana pemandu treler mengawal kenderaan beratnya dengan memaut stereng ke kiri bagi mengelak merempuh kereta saya dengan menghimpit penghadang kiri hingga kepala treler terlipat dua.

“Selepas keadaan tenang, saya keluar daripada kereta dan melompat ke kawasan besi penghadang tengah dan berlari beberapa meter ke hadapan lalu terus bersujud kerana terselamat dalam kejadian itu,” katanya.

Katanya, dia bersyukur terselamat biarpun terpaksa meredah hujan lebat di tengah lebuh raya sebelum anggota peronda lebuh raya dan pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian.

“Saya tidak dapat bayangkan keadaan ketika itu kerana hanya berserah kepada takdir dan saya bersyukur tidak cedera,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah Asisten Superintendan Jasmani Othman berkata, kemalangan berlaku ketika hujan lebat menyebabkan kereta dipandu mangsa hilang kawalan sebelum terbabas.

“Bagaimanapun, pemandunya sempat keluar dan menyelamatkan diri di bahagian besi penghadang tengah tanpa cedera dan kes disiasat mengikut Seksyen 43, Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya

5 comments:

  1. 1: Berniaga apa dia boleh pakai Bently?
    2: Kalau tak berlaku kemalangan sebegini rakyat tak akan tau betapa adik beradik menteri Be eNd hebat-hebat belaka kehidupan mereka.
    3: Sujud tanda ketundukan kepada ALlah dalam setiasp hal dan masa termasuk menerima poerundangan ALlah dan berjuang utk menegaklkan syariat NYA di bumi ini, buykan tika -tika tertentu sahaja.

    ReplyDelete
  2. Haaaa...tahu pun takut dgn Allah...ada pk selama ini pda Allah

    ReplyDelete
  3. Berniaga apa? Jual tanah, kontrak, pasir dan apa2 yg boleh jual hak rakyat dan negara.Apa yg penting slogan umno : Hidup Melayu x3.

    Semua melayu felda dan kampung sungguh terpersona dan kagum dgn kekayaan pemimpin umno.Hebat sungguh pemimpin kita, melayu macam ni lah kita bangga. Hidup Melayu x3

    Melayu terus kagum walaupun harta mereka & negara sudah tergadai.
    Selagi melayu bodoh & taksub ,umno akan terus menipu.

    ReplyDelete
  4. Bentley

    ini baru adik timbalan menteri , belum lagi adik menteri.

    eh! orang orang melayu asal usul bangsa kaya raya ke , atau bijak bijak macam Bill Gates ke ?

    ReplyDelete
  5. Allah SWT maha berkuasa abang cakap besar dan tak pandai, ini merceritakan semua ketamakkan kroni kroni umno.Semua mereka perangai serupa nama ya Islam tapi kuat selam rasuah.Takut lah Allah SWT

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..