Saturday, November 15, 2014

Babi Serang, Kunyah Kepala Kanak-Kanak Hingga Mati




JIANG: Seorang kanak-kanak di Jiang, Wei Tsao, 2 tahun, telah meninggal dunia dalam keadaan tragis setelah seekor babi menyerangnya yang kemudiannya turut mengunyah kepalanya.





Wei atau juga dikenali sebagai Keke yang ketika itu merangkak ke kandang babi tersebut tanpa disedari ibu bapanya sebelum kejadian malang itu berlaku.



Binatang itu yang dikatakan cuba melindungi dirinya dari bahaya telah menyerang kanak-kanak itu sehingga mati sebaik sahaja terlihat dia merangkak masuk ke dalam kandangnya.



Ibu bapa wei yang terdengar jeritan anaknya itu bergegas ke luar rumah tetapi telah terlambat apabila babi itu sedang mengunyah kepada anaknya itu,



Selain itu penduduk kampung yang juga terdengar jeritan itu turut berlari mendapatkan budak itu. Merka telah menarik babi berkenaan lalu diikat kepada pokok untuk sebelum dibunuh.



Setelah perut babi itu dibelah mereka mendapati terdapat rambut serta serpihan tengkorak Wei.



Serpihan itu telah diserahkan kepada pihak polis sebagai bukti bahawa kanak-kanak tersebut telah dibunuh oleh babi. - Siakapkeli.com.my

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..