Sunday, November 23, 2014

Gadis Peugeot Biadab, Marah Bapa Di Depan Orang Ramai



Hari ini, di laman sosial Twitter, dikongsikan pula gambar seorang gadis memarahai bapanya sendiri di hadapan orang ramai hanya kerana bapanya tidak tahu mengepam angin ke dalam tayar.

Menurut pengguna twitter, bapa gadis berkenaan sedang mengepam tayar dan berpakaian segak untuk menghadiri majlis konvokesyen anaknya itu.


Penulis pasti, bapanya bukan tidak tahu cara mengepam angin tetapi pam berkenaan mempunyai masalah dan si anak mungkin sudah tidak boleh menahan sabar.

“Dia memarahi bapanya di depan orang ramai hanya kerana tak tau pamkan angin.

“Bapanya berpakaian segak untuk menghadiri konvokesyen anaknya,” kata pengguna berkenaan.

Bagaimanapun, tiada kisah lanjut berkenaan gambar berkenaan yang hanya dirakamkan daripada dalam sebuah kereta.

Jika benar, memang tak patut anaknya yang memakai kereta jenis Peugeot bersikap sebegitu dengan bapanya sendiri.


Ada pengguna di laman sosial Facebook pula mengatakan mengapa kebetulan pemilik kereta jenama Peugeot bersikap agak kurang ajar mengambil kira cerita seorang pemilik kereta sama yang memarahi seorang warga emas kerana melanggarnya tidak lama dahulu. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..