Monday, November 17, 2014

Jawapanya SEMpoi Dari TG Hadi. Hadi: Ikut sayalah nak hadir atau tak


Di tengah-tengah desakan daripada DAP, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, terpulanglah pada beliau untuk hadir ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

“Saya tak perlu diminta (hadir), (kalau) saya nak hadir, hadirlah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Gombak hari ini.

Beliau diminta mengulas resolusi oleh jawatankuasa eksekutif pusat DAP yang mendesak Hadi menghadiri mesyuarat gabungan itu.

Ditanya sama ada beliau akan hadir ke mesyuarat akan datang, Hadi hanya berkata, “atas sayalah nak hadir (atau) tak mahu hadir”.

DAP sebelum ini mengkritik Hadi kerana tidak hadir ke mesyuarat kepimpinan tertinggi Pakatan dan perkara itu menyukarkan kerjasama mereka dengan parti Islam itu.

[Baca berita asal]

2 comments:

  1. seseorg yg hebat itu akan diketahui kelemahannya apabila diuji.

    bagi pemimpin, mereka senang dihinggapi penyakit ego, merasa besar diri. tp ini adalah ujian kpd mereka. bila tiba saat diuji, kita akan kenal siapa mereka.

    dikatakan semua keputusan ditentukan oleh anwar, maka buat apa hadi perlu mesyuarat.

    mungkin hujah anwar jauh lebih baik dan relevan dpd hadi dlm byk isu, maka apa salahnya terima pendapat anwar.

    smeuanya atas hujah, siapa lebih kuat hujah maka tidak ada sebb nk berbalah, terima je la. bukankah ia utk rakyat kerana Allah.

    tu sebb islam ajar buang batu ditengah jalan pun pahala. ini nk mengajar kita buat kerja baik mesti ikhlas. biar nampak kecil dan bodoh tp besar disisi Allah.

    jika kita yakin Allah yg menilai, maka menyokong pandangan anwar yg lebih baik juga adalah kebajikan.

    lupakah kita akan derhakanya iblis hanya kerana adam dibuat dpd tanah. bila disuruh sujud(hormat bukan sudut mcm solat) pada adam maka iblis berkata ;

    "Ikut suka saya lah nk sujud atau tidak".

    ReplyDelete
  2. tu la hadi,hang dah derhaka kat anuar,kan semua blogger dah marah.lain kali ikut saja apa depa kata,walaupun parti lain yg buat mesyuarat

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..