PARIT BUNTAR - Perkataan pornografi yang disalah eja dalam satu post disiarkan dalam laman sosial Facebook bagi tujuan pengiklanan dan pernah menjadi viral kini bertukar menjadi punca rezeki buat seorang jurugambar sambilan.
Zulkepli Yusop, 40, atau lebih dikenali Toksyu Zul berkata, kesilapan menaip perkataan photografi kepada pornografi dalam satu post iklan sepasang pengantin menaiki seekor kuda menyebabkan dirinya menerima pelbagai tohmahan.
Menurutnya, pada mulanya, dia menyangka kesilapan itu akan menjejaskan perniagaan perkhidmatan fotografi bersama kuda yang diusahakan bersama seorang rakan.
“Namun, setelah saya membuat penjelasan atas kesilapan ejaan melalui media, saya bukan sahaja menerima reaksi positif orang ramai, malah ramai dalam kalangan pengguna laman sosial yang berminat untuk mencuba perkhidmatan fotografi yang ditawarkan.
“Bagi saya, fenomena viral itu memberi hikmah kepada perniagaan saya untuk terus maju malah saya bersyukur kerana ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat sentiasa memberi dorongan,” katanya sewaktu ditemui media di sini.
Zulkepli yang turut mengusahakan kedai gunting rambut berkata, dia yang berjinak-jinak dalam dunia fotografi sejak lima tahun lalu mula mempromosikan pakej bergambar bersama kuda padi bermula pada Mac lalu.
Jelasnya, kini perniagaannya semakin maju malah dia turut menerima permintaan daripada pelanggan dari utara semenanjung.
"Pakej bergambar bersama kuda diwujudkan untuk memberi kelainan dalam dunia fotografi terutama pada pasangan pengantin.
“Pada masa sama, saya dapat membantu mempromosi perniagaan rakan saya iaitu Jamil Omar 29, yang mempunyai seekor kuda padi dibela sejak setahun lalu,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..