Kangar: Lima daripada enam pelajar berusia 13 sehingga 16 tahun mengaku bersalah
di Mahkamah Juvana Kangar, di sini, hari ini terhadap tuduhan membelasah seorang
pelajar berusia 11 tahun di sebuah asrama anak yatim di daerah ini.
Hanya lima tertuduh hadir dan membuat pengakuan bersalah selepas kertas pertuduhan
dibacakan di hadapan Majistret Norhayati Ibrahim, manakala seorang remaja lain berusia
15 tahun gagal menghadirkan diri.
Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana secara berkumpulan
mendatangkan kecederaan kepada mangsa di asrama anak yatim berkenaan antara jam 1 hingga
2 petang antara 31 Mei hingga 1 Jun lalu.
Jika sabit kesalahan mereka boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Pendakwaan yang dilakukan Ketua Unit Pendakwaan Negeri Timbalan Pendakwa Raya Badius
Zaman Ahmad memohon agar mahkamah menetapkan ikat jamin tertuduh sebanyak RM1,000.
Norhayati kemudian mengarahkan tertuduh dikenakan jaminan sebanyak RM500 seorang sebelum
mengeluarkan waran tangkap ke atas pelajar berusia 15 tahun yang tidak hadir ke mahkamah.
mengeluarkan waran tangkap ke atas pelajar berusia 15 tahun yang tidak hadir ke mahkamah.
Mahkamah menetapkan 24 Disember depan sebagai tarikh menjatuhkan hukuman, sementara
menunggu laporan akhlak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis.
menunggu laporan akhlak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 November 2014 @ 8:37 PM
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..