Bapa Cari Dan Tangkap Sendiri Pembunuh Anak | Gara-gara berang
terhadap kumpulan perompak yang membunuh anaknya, seorang
ahli perniagaan bertindak mencari dan menangkap ketua geng terbabit
secara sendirian. Anaknya, Muhammad Khairul bersama lima rakan
dikatakan duduk di sebuah pondok di tasik Taman Tasik Ing Tai Kim,
Setapak sebelum mereka ternampak sekumpulan 20 lelaki Menunggang
motosikal menghampiri dua lelaki yang berjalan di taman rekreasi itu
untuk merompak pada pukul 11.36 malam.
Apabila dua lelaki tersebut melarikan diri, kumpulan bermotosikal itu beralih
arah kepada Muhammad Khairul dan kawan-kawannya. Pemangku Ketua
Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Supritendan A. Asmadi Abd. Aziz, berkata,
kumpulan 20 lelaki itu kemudian memaksa enam remaja terbabit menyerahkan
telefon bimbit dan barangan berharga sehingga menyebabkan tercetus
pergaduhan. “Muhammad Khairul enggan mengikut arahan kumpulan
itu sehingga menyebabkan perompak terbabit berang dan memukulnya
dengan objek tumpul. “Ketika pergelutan berlaku, Muhammad Khairul
terjatuh kedalam tasik .
Salah seorang rakannya cuba menyelamat mangsa tetapi gagal.
“Polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Setapak bergegas ke tempat
kejadian sebaik sahaja menerima panggilan dan menjumpai mayat
mangsa pada pukul 1.30 pagi,” katanya. A. Asmadi berkata, bapa mangsa
tiba di Setapak dari Johor dan bercakap dengan kawan-kawannya
mengenai kejadian itu. “Salah seorang kawan mangsa memberitahu
mereka kenal dengan ketua kumpulan itu. “Ahli perniagaan itu kemudian
mencari dan menangkap seorang remaja lelaki serta menyerahkan kepada
polis,” katanya sambil menambah telah menangkap enam remaja berumur
Jelas A.Asmadi, polis kini sedang mengesan tujuh lagi remaja yang
disyaki mempunyai kaitan dengan kes tersebut. Orang ramai yang
mempunyai maklumat berhubung kes itu diminta menghubungi polis
di talian 03-21159999 atau ke balai polis berhampiran. via Aans1.
Apa polis BUAT ????? Bapa sendiri kena gi cari Pembunuh anak ???? what the f**KKKKK....
ReplyDeleteSebelum ni DS Najib kata UMNO Selangor 'LEMBAB' .adakah Menteri dalam negeri nak kata PDRM 'LEMBAB"?
ReplyDeletepdrm hanya lembab utk kebaikan rakyat..tangkas lincah bila umno diusikkan..kisah benar saya sendiri..awal tahun 2014 ni..bnyk ternakan ayam kampung dicurikan..saya intipkan dan kejarkan dgn motor pencuri2 tu..wpun bahaya . Dapat no motor tu CBG 61XX..honda putih, terus buatkan repot (repot ke3) dibalai polis kat situ..jawabnya`` kami tidak boleh tolong``..alasannya kurang staff..akhirnya saya terpaksa tutupkan projek tu..
ReplyDeletePolis tu hanya layan report dari Kulup je ke?
ReplyDelete