Johor Bahru: "Mungkin disebabkan besi pada pen dalam poket baju
manakala tangannya sedang memegang penghadang besi,
menyebabkan dia disambar petir," kata pengawal keselamatan
M Suseelan, 43, rakan setugas lelaki yang maut dipanah petir
di sebuah sekolah di Pasir Gudang, petang kelmarin.
Suseelan yang mula mengenali mangsa, Abdullah Basara, 57,
sejak tiga bulan lalu, berkata mangsa keluar dari pondok pengawal
kira-kira jam 3.15 petang untuk membuka pagar dengan penghadang
besi bagi memberi laluan kepada kereta seorang guru keluar dari kawasan sekolah.
"Selepas itu, ada dua lagi kereta menuju ke arah pintu pagar dan
Abang Dollah (Abdullah) menunggu kereta itu sambil memegang
pagar besi berkenaan.
"Ketika itu cuaca mendung dengan petir. Tiba-tiba angin bertiup
kencang diikuti dentuman kuat," katanya. Menurut Suseelan,
dia terdengar bunyi bising suara penuntut sebuah universiti
berdekatan sejurus dentuman kuat itu, dipercayai mereka ternampak
mangsa dipanah petir.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..