KLANG - Bimbang dengan ugutan teman lelaki kononnya dia akan disantau jika enggan bertemu, seorang gadis terpaksa merelakan dirinya diratah oleh teman lelakinya sehingga mengandung.
Mangsa berusia 16 tahun, dikatakan berkenalan dengan suspek yang berusia 19 tahun itu melalui WeChat sebelum membuat keputusan untuk bertemu.
Bagaimanapun, keluarga mangsa yang mengesyaki perubahan tubuh mangsa kemudian membuat pemeriksaan di klinik sebelum tembelang gadis itu terbongkar apabila didapati mengandung tujuh bulan.
Mangsa yang masih bersekolah akhirnya mengaku dirogol di rumah teman lelakinya sekitar Jun tahun lalu ketika bertemu untuk kali kedua selepas bimbang dengan ugutan santau. Terkejut dengan pengakuannya, keluarga mangsa membuat laporan polis pada Rabu lalu.
Sebaik menerima laporan daripada mangsa, sepasukan polis kemudiannya berjaya mengesan suspek dan menahannya di sekitar daerah ini sehari kemudian. Lelaki berkenaan kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..