Friday, January 16, 2015

Nurul Izzah sah bercerai

  • Nurul Izzah
  • Nurul Izzah

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar akhirnya sah bercerai dengan Raja Ahmad Shahir Iskandar Raja Salim melafazkan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, hari ini.

Penceraian yang dipohon berdasarkan persetujuan bersama itu direkodkan hakim Amran Md Zain kira-kira jam 4.20 petang.

Nurul Izzah yang merupakan Naib Presiden PKR memfailkan permohonan cerai terhadap Raja Ahmad Shahrir Iskandar mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Pasangan itu yang berkahwin pada 9 Mei 2003, dikurniakan dua cahaya mata, Raja Nur Safiyah, 7, dan Raja Ahmad Harith, 5.

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..