Saturday, February 28, 2015

Perjalanan Tip Sempoi Untuk Bikers Ke Thousan Corner [ Hari Ke 3 ]


Hari Ketiga Dari Pai Ke Mae Hon Soon Amat Mencabar perjalanan  sejauh hampir 200 Km dengan mengambil masa selama 6 jam termasuk berehat dan solat. Masa koner cuma lap 50 - 60 KM je.. kami tak berani sebab perjalanan masih jauh. Disini kalau bulan disember amat cantik dengan berawan dan berkabus.


Pemandangan amat menarik


Inilah jalan koner yang sempoi..kalau naik motosikal, kalau kereta boleh muntah penumpang.


 Kami bermalam di Hotel Khun Youm , Daerah Mae Hon Son semalam RM 100 Sahaja hotel kayu..memang sempoi. Anda dinasihatkan bawalah magie dan roti untuk lapik perut. disini hanya ada 2 buah kedai muslim.


penulis bersama rider yang lain di Khun Youm.



Diantara tempat menarik yang perlu anda lawati di Khun Yuam. 

Petua yang baik untuk kesana : Bawa magie dari Malaysia
                                                   Beli bekalan Biskut atau roti
                                                   Bawa Air Minirel semasa di jalan
                                                   Bawa Bekas untuk Makan Magie dan sudu.

SUBHANALLAH!! Misteri Gurun Pasir Bergerak Menelan Sebahagian Daripada Hutan!! (6 gambar

SUBHANALLAH!! Misteri Gurun Pasir Bergerak Menelan Sebahagian Daripada Hutan!! (6 gambar)




Inilah Kehebatan kejadian ciptaan Allah yang menakjubkan di mana padang pasir bergerak dari pantai ke daratan setiap tahun.Menariknya, gumuk pasir ini lumus bergerak ke dalam daratan, perlahan-lahan menolak hutan belakangnya untuk ‘menelan’ rumah-rumah, jalan-jalan dan juga bahagian-bahagian Tembok Atlantik.

The Great Dune of Pyla, yang terletak 60 km dari Bordeaux di kawasan Teluk Arcachon, Perancis, adalah merupakan gumuk pasir tertinggi di Eropah. Juga dikenali sebagai Great Dune of Pilat, gumuk pasir ini adalah sangat besar – berukuran 500 meter lebar, 3 km panjang dan ketinggian 107 meter di atas paras laut.









Oleh kerana lokasinya yang tidak dijangka dan keindahannya, kawasan ini kini menjadi salah satu destinasi pelancongan yang terkenal dengan lebih daripada satu juta pelawat setiap tahun.
Buat pengatahun korang kadar pergerakan adalah tidak berterusan, kadang-kadang ia bergerak pantas (10 meter dalam satu tahun) dan kadang-kadang sangat perlahan (kurang dari satu meter). Sepanjang 57 tahun yang lalu, gumuk pasir ini telah berpindah sebanyak 280 meter memberi anjakan tahunan sebanyak 4.9 meter setahun.

Friday, February 27, 2015

Perggghhh : Pakar Bedah Dakwa Boleh Lakukan Pembedahan Pindah Kepala 2017


LONDON - Ia kedengaran seperti plot cerita seram atau Frankenstein tetapi, seorang pakar bedah dari Itali percaya yang beliau mampu melakukan pembedahan permindahan kepala dalam tempoh dua tahun lagi.

Dr Sergio Canavero berkata, jika prosedur itu dapat dilakukan, ia bakal mencatat sejarah sebagai pembedahan permindahan kepala yang pertama di dunia.

Menurutnya, prosedur itu akan membolehkan seseorang yang menghidapi penyakit yang tidak dapat disembuhkan, memindahkan kepalanya ke badan seorang penderma organ (iaitu badannya).

Namun, ia memerlukan persetujuan daripada penderma dan juga penerima.

Doktor itu mendakwa, dia akan dapat melakukan prosedur itu dalam tempoh dua tahun lagi. Bagaimanapun, kos pembedahan itu akan memakan belanja sehingga £7.5 juta.

"Prosedur ini akan membolehkan seseorang yang mempunyai otak yang sihat tetapi lumpuh dari badan ke bawah mendapat faedah daripadanya begitu juga dengan mereka yang menderita sakit kanser," ujarnya sepertimana yang terkandung dalam laporan Jurnal New Scientist yang diterbitkan minggu ini.

Laporan itu kemudiannya dipetik dan disiarkan oleh akhbar British, The Daily Mail.

Mereka yang menderita sakit saraf tunjang, sepertimana yang pernah dideritai oleh pelakon popular, mendiang Christopher Reeve dikatakan akan turut mendapat faedah daripadanya.

Begitu juga dengan pesakit otot dan 'motor neurone' seperti pakar fizik terkemuka, Dr Stephen Hawking, juga dikatakan boleh mendapat faedah daripada prosedur baru ini.

Prosedur ini kini dinamakan ‘pembedahan kosmetik yang terulung’. Bagaimanapun pengkritik menyifatkan prosedur ini sebagai fantasi semata-mata.

Namun Dr Canavero yang berkhidmat dengan Turin Advanced Neuromodulation Group percaya yang beliau memiliki segala teknik yang diperlukan untuk pembedahan seumpama ini dan hanya perlu memahirkan dirinya selama dua tahun lagi sebelum melakukan prosedur yang pertama.

Malah Dr Canavero mendakwa yang beliau telahpun mempunyai senarai klien yang sanggup dan bersedia menjalani pembedahan ini.

Beliau akan mengumumkan rancangannya pada satu persidangan perubatan pada musim panas akan datang dalam usaha untuk memperolehi sokongan daripada rakan-rakan perubatan yang lain bagi membolehkan prosedur yang pertama dilaksanakan pada 2017 sebagaimana yang dirancang.

Menjelaskan lanjut tentang langkah-langkah yang diperlukan bagi prosedur pembedahan kepala itu dilakukan, badan yang diperlukan akan datang daripada penderma normal yang mengalami 'kematian otak'.

Kedua-dua penderma dan penerima kemudian akan dibedah serentak di bilik pembedahan yang sama menggunakan pisau yang ultra-tajam bagi memastikan kesan luka tidak terjejas.

Kepala pesakit yang sanggup menjalani pembedahan ini selepas itu akan dipindahkan ke badan penderma dan dicantum menggunakan teknik perekat atau 'polyethylene glycol'.

Selepas itu, otot dan pembuluh darah dari leher dan kepala akan dijahit dan dicantumkan sebelum pesakit diletakkan dalam keadaan koma untuk sekurang-kurangnya empat minggu.

Tujuannya adalah untuk mengelakkan pesakit menggerakkan badan dan kepala sementara menunggu dua organ baru itu 'berinteraksi' dan 'menyesuaikan' dengan keadaan baru.

Jika prosedur itu tidak cukup pelik, dalam tempoh empat minggu dalam koma itu, pesakit akan diberikan 'kejutan elektrik' yang kecil untuk meransang tunjang belakang badan yang baru diterima dengan kepala pesakit yang dipindahkan ke badan baru berkenaan.

Kemudian, selepas pesakit disedarkan dari koma, dia sepatutnya sudah boleh mula menggerakkan badan, merasai muka dengan menggunakan tangan baru malah sepatutnya boleh bercakap dengan suara yang sama.

Sejenis dadah yang kuat dinamakan 'immunosuppressant drugs' akan membantu badan baru itu menerima kepala baru dan pesakit selepas itu akan melalui proses terapi saikologikal untuk membantunya menyesuaikan diri dengan 'persekitaran' baru.

Dr Canavero berkata, dia percaya apa yang bakal diperkenalkannya itu adalah sesuatu yang beretika dalam dunia perubatan moden kerana objektif seluruh prosedur baru ini hanyalah bertujuan untuk menyelamatkan nyawa seseorang.

Bagaimanapun, akhbar The Daily Mail bertanya, sejauh manakah etika itu mampu bertahan kerana pembedahan perpindahan kepala ke badan yang baru juga bermakna, jika pesakit berkenaan selamat dan kemudian mendirikan rumah tangga dan memperolehi zuriat, zuriat itu adalah anak siapa? Badan yang diderma atau milik pesakit yang memindahkan kepalanya ke badan baru.

Dr Canavero bagaimanapun berkata, jika suatu masa nanti dunia sains mampu menghasilkan klon manusia dengan mudah, seorang pesakit yang berusia 60 tahun berupaya untuk menghasilkan klon menggunakan DNAnya sendiri dan kemudian melakukan prosedur perpindahan kepala ke badan yang baru tanpa perlu risau tentang soal personaliti berbeza dan sebagainya.

Pengerusi Akedemi Neurologikal dan Pembedahan Orthopedik Amerika Syarikat, William Matthews berkata, beliau boleh menerima konsep pergabungan spinal sepertimana yang dikemukakan oleh Dr Canavero itu tetapi pembedahan perpindahan kepala adalah sesuatu untuk difikirkan pada masa depan bukan sekarang.

Seorang lagi pakar bedah, Dr Harry Goldsmith, dari California Amerika Syarikat yang beberapa kali berjaya melakukan pembedahan tunjang belakang sehingga membolehkan pesakit yang lumpuh berjalan semula berkata, "Saya tidak fikir prosedur Dr Canavero boleh dilaksanakan."

Tip Sempoi Untuk Bikers Ke Thousan Corner [ Hari Kedua dan Ke 3 ]


Setelah Menyewa Motosikal Kami Mula Bergerak dari Chiang Mai ke Jalan Susur , Dari Nong Pa Khrong terus ke Pai. Mae Hon Soon. bermula jam 12.00 Tgh Hari dengan Kelajuan Biasa 80KM ..jalan Bandar sehingga ke Kaki Gunung. Setibanya di kaki Gunung suasana sejuk telah mula dirasai dengan suhu 16 c ..pada jam 2 Petang.. Kami melalui jalan jalan berlekuk dan berliku dengan anggaran 796 Coner yang kami lalu.

inilah Motosikal Honda Forza 300 cc.. yang di sewa


Gambar Penulis

  salah satu jalan ke Pai..memang sempoi Curve.nya




Papan Tanda semua macam ni boleh bawa dalam 50-60 sahaja.. atau rendah dari itu.. 



Kami Tiba Di Pai Pada Sebelah Magrib dalam 7 Jam perjalanan termasuk rehat.. setiba di sini memang sejuk ..Pai dikatakan . " Pai In Love" sebab pelancung asing memang ramai di sini.

 



Penulis dan rakan rakan bermalam di sini Hotel Muslim..RM 60 semalam..pada malamnya cuaca amatlah sejuk sekali.....Jumpa di Hari ke 3

Hidup Lelaki China Ni Sangat MALANG Selama 10 TAHUN... Tetapi Akhirnya Menjadi Billionaire !!! SIAPAKAH BELIAU DAN APA RAHSIANYA ??


Hidup Lelaki China Ni Sangat MALANG Selama 10 TAHUN... Tetapi Akhirnya Menjadi Billionaire !!! SIAPAKAH BELIAU DAN APA RAHSIANYA ?? | Lelaki ini pernah melalui saat hidup yang susah sejak dari kecil. Lahir dalam keluarga sederhana. Antara yang teruk dalam liku hidupnya adalah :



1. Keputusan ujian matematik yang corot semasa di sekolah rendah menyebabkan ada sekolah yang tidak mahu menerima beliau sebagai pelajar.



2. Pernah memohon kerja di KFC. Dari 24 calon yang hadir beliau satu-satunya yang gagal manakala 23 calon lagi ditawarkan bekerja dengan rangkaian restoran makanan segera ni.



3. Pernah menghadiri 30 temuduga. Beliau gagal dalam kesemua temuduga itu dan tidak ditawarkan satu kerja pun.


Halangan yang dilalui tidak pernah mematahkan semangatnya untuk maju. Sejak dari umur 10 hingga 20 tahun, beliau sanggup menunggang motor selama 40 minit untuk belajar bahasa Inggeris dengan cara bergaul dengan pelancong asing.

Kesempatan bergaul dan belajar bahasa Inggeris selama 9 tahun dengan pelancong asing banyak mengubah pandangan beliau tentang hidup. Malah beliau percaya beliau berfikiran lebih global berbanding penduduk lain di negaranya.

Akhirnya beliau memulakan kerjaya pertama beliau sebagai guru Bahasa Inggeris. Sewaktu bekerja di US, beliau mendapati tiada satu pun informasi berkenaan negaranya di internet. Penemuan ini membawa kepada usaha beliau untuk menubuhkan sebuah portal jualan di internet sebaik saja beliau kembali semula ke negara beliau.

Dan kini portal jualan kepunyaan beliau sedang giat berusaha untuk mengatasi portal jual beli online popular eBay yang berpusat di US. Siapakah lelaki ini?Beliau adalah Jack Ma, pengasas AliBaba.com dan dikhabarkan kini sebagai antara jutawan dan billionaire terkaya di China. KREDIT DAIRISHARE.

Thursday, February 26, 2015

Tip Sempoi Untuk Bikers Ke Thousan Corner { Hari Pertama dan Ke Dua ]

 

 Thousand Corner : Hari  1 &  :  Hari Ke  2

Sebut je "Thousand Corner", semua bikers mesti tahu.. ada yang tak tahu??  mesti semua tahu la 
 Thousand corner tu terletak di utara Thailand.  Diantara  Chiang Mai, Mae Hoon Soon , Pai .
Memang sempoi .perjalanan memakan masa 5 hari untuk sampai ke sana .
Kita ada cara untuk ke sana : 
Yang Pertama  menunggang motosikal dari Malaysia Terus Ke Chiangmai. dan 1000 Corner
Yang Kedua Menaiki Kereta api dari Hatyai Ke Bangkok
Yang Ke Tiga Menaiki Kapal Terbang Dari Hatyai / KL Chiang Mai, Thailand.

Buat Permulaan , aku sebagai newbie dalam Bikers ni walaupun sudah lama menaiki motosikal
aku naik Flight Dari Penang to Kl  ..sejam 
KL-Chiang Mai . mengambil masa selama hampir 3 jam dari KL






Bandaraya Chiang Mai.. Setiba di sini jam 5 Petang ..kami menyewa Hotel Yang Bernama Lana Hotel 
Dekat  Anusarn Market - Chiang Mai

hari Ke 2..

Hari kedua aku ke kedai untuk menyewa motor dengan Kadar 
60 hingga 150 tengok cc dan motor yang terbaik.. aku ambil motor 300 cc 
Jenis Honda Forza 300 dengan kadar sewa 80 sehari, senang nak bawa barang.









sambung hari ke dua....

RAHSIA SEBENAR 4 Rumah Ini Menjadi SANGAT TERKENAL Di Dunia !!!

RAHSIA SEBENAR 4 Rumah Ini Menjadi SANGAT TERKENAL Di Dunia !!! | Ramai tak sangka ramai pemilik rumah sanggup menolak tawaran jutaan ringgit dari kontraktor binaan untuk berpindah. Dan hasilnya mereka ini menjadi hero kepada masyarakat setempat. Mari kita lihat kisah empat buah rumah yang sangat terkenal sekali di dunia. KREDIT DAIRISHARE.


1. Rumah Keluarga Wu, Chongqing, China

Keluarga wu adalah satu-satunya keluarga diantara 280 keluarga yang kawasannya akan dibina pusat membeli-belah enam tingkat di Chongqing. Selama dua tahun menolak untuk mengosongkan rumah keluarga mereka yang telah mereka huni selama tiga generasi. Pemaju telah memotong bekalan elektrik dan air, dan menggali lubang sedalam 10 meter (33ft) di sekitar rumah mereka. Pemilik masuk ke lokasi pembinaan, menduduki kembali, dan mengibarkan bendera China di atas rumah mereka.

Yang Wu, seorang juara seni bela diri tempatan, menggunakan nunchakus untuk membuat tangga ke rumah mereka, dan mengancam untuk mengalahkan setiap petugas yang berusaha untuk mengusir dia. Isterinya, seorang pemilik restoran bernama Wu Ping yang telah merancang untuk membuka sebuah restoran di tingkat bawah rumah itu, membuat wawancara dan siaran akhbar untuk menghasilkan publisiti. Pemilik menolak tawaran sebanyak 3.5 juta yuan (US $ 453.000), tapi akhirnya mencapai kesepakatan dengan pemaju pada tahun 2007.

2.Rumah Edith Macefield, Seattle, USA


Edith Macefield menjadi terkenal di seluruh dunia pada tahun 2006 ketika beliau yang keras kepala menolak bayaran bernilai US $ 1 juta untuk menjual rumahnya, untuk membuka jalan bagi pembangunan komersial di persekitaran Ballard Seattle. Dalam proses itu, beliau menjadi seorang pahlawan di mata rakyat. Namun, projek lima tingkat dibina disekeliling rumahnya yang berusia 108 tahun, di mana dia meninggal pada usia 86.

Selepas kematiannya, terungkap bahawa Macefield mewariskan rumahnya untuk seorang penyelia pembinaan bangunan baru tersebut, yang bernama Barry Martin, kerana rasa senangnya atas persahabatan yang telah Barry tunjukkan kepadanya selama pembinaan. Pada bulan Julai 2009 Barry Martin menjual rumah itu kepada Greg Pinneo sebanyak $ 310,000. Greg Pinneo berniat untuk menggunakan rumah sebagai pejabat untuk menjalankan firma hartanah nya.

3. Rumah Austin Spriggs, Washington DC, USA


Pada tahun 2006, Austin Spriggs dengan senang hati tinggal di sebuah rumah yang akan segera menjadi duri di sisi pemaju tempatan. Seperti duri yang nyata, Mr Spriggs ditawarkan lebih dari $ 3juta untuk rumahnya di tahun 2008 walaupun rumah itu sebelum ini hanya bernilai kira-kira $ 200ribu.

Tak perlu dikatakan, beliau menolak mentah-mentah tawaran itu dan bahkan kemudian beliau mengambil pinjaman untuk mengubah rumahnya menjadi warung pizza. Seperti yang anda lihat, bangunan ini benar-benar dikerdilkan oleh perkembangan sekitarnya.

4. Rumah di Wenling, China


Rumah ini menjadi terkenal setelah munculnya foto rumah di tengah jalan yang baru dibangun di Wenling, Provinsi Zhejiang. Pasangan tua menolak untuk menjual harta mereka untuk harga yang ditawarkan oleh pemerintah sejak tahun 2001.

Akhirnya jalan raya dua jalur menuju ke stesen kereta api, dibina di sekitar rumah. Gambar rumah itu beredar di Internet dan disiarkan secara meluas oleh media China. Rumah ini akhirnya dirobohkan pada bulan Disember 2012 selepas pemilik menerima tawaran pampasan bernilai $ 41.000.

Wednesday, February 25, 2015

5 GAMBAR Cara Polis Di China Berlatih Untuk Perbarisan … Gambar Terakhir SANGAT MENAKUTKAN !!! |

5 GAMBAR Cara Polis Di China Berlatih Untuk Perbarisan … Gambar Terakhir SANGAT MENAKUTKAN !!! | Probably many have previously seen the rigorous training they undergo to Chinese officials when making a parade, and all this is so that everything runs smoothly . Many believed not implemented, but the truth is that this continues to happen, and as we test these curious images where we see how the police are trained to go perfectly. KREDIT DAIRISHARE.
1




5 GAMBAR Budak 9 Tahun Ini Masih BERSAHAJA Walaupun TANGAN PUTUS Digigit Beruang

5 GAMBAR Budak 9 Tahun Ini Masih BERSAHAJA Walaupun TANGAN PUTUS Digigit Beruang ... Tetapi GAMBAR TERAKHIR Sangat SEDIH !!! | Gambar-gambar yang mengejutkan menunjukkan saat-saat seorang kanak-kanak lelaki kehilangan lengannya tersebut ketika menepuk badan beruang yang berada didalam kandang, tiba2 beruang tersebut menyambar tangan kanak-kanak itu dan merobek lengan nya sehingga putus.


Anggota tangannya yang terputus beliau masih boleh dilihat berrada di lantai dalam kandang beruang itu, hanya beberapa minit selepas serangan ganas.  Kanak-kanak berusia sembilan tahun berdiri sambil menahan sakit walaupun kelihatan tulang menonjol dari mana lengannya di banjiri darah pada bajunya.

Dia berdiri bersahaja, tidak menangis, menunggu kakitangan perubatan tiba. Kejadian yang belaku di Hebin Park Zoo, di bandar Pingdingshan di tengah-tengah wilayah Henan China, bersama dengan datuknya.  Apabila datuknya pergi untuk membeli gula-gula, kanak-kanak itu naik di atas rel keselamatan untuk berada lebih dekat dengan haiwan dan pada ketika iitu beruang meletakkan kepalanya melalui bar dan meraih kanak-kanak itu dengan lengannya. KREDIT DAIRISHARE.

Tuesday, February 24, 2015

Allahuakhbar Sultan Kelantan, Bersama Mufti Kelantan, Ziarah Pusara TG Nik Aziz

Sultan Kelantan, Bersama Mufti Kelantan dan Ketua Polis Negeri, Ziarah Pusara TGNA



KDYMM Sultan Muhammad V berangkat mencemar duli ke tanah perkuburan Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Murabbi Ummah di Pulau Melaka ..Pagi smalam  22 Februari 2015