SUBHANALLAH!! Misteri Gurun Pasir Bergerak Menelan Sebahagian Daripada Hutan!! (6 gambar)
Inilah Kehebatan
kejadian ciptaan Allah yang menakjubkan di mana padang pasir bergerak dari
pantai ke daratan setiap tahun.Menariknya, gumuk pasir ini lumus bergerak ke
dalam daratan, perlahan-lahan menolak hutan belakangnya untuk ‘menelan’
rumah-rumah, jalan-jalan dan juga bahagian-bahagian Tembok Atlantik.
The Great Dune of
Pyla, yang terletak 60 km dari Bordeaux di kawasan Teluk Arcachon, Perancis,
adalah merupakan gumuk pasir tertinggi di Eropah. Juga dikenali sebagai Great
Dune of Pilat, gumuk pasir ini adalah sangat besar – berukuran 500 meter lebar,
3 km panjang dan ketinggian 107 meter di atas paras laut.
Oleh kerana
lokasinya yang tidak dijangka dan keindahannya, kawasan ini kini menjadi salah
satu destinasi pelancongan yang terkenal dengan lebih daripada satu juta pelawat
setiap tahun.
Buat pengatahun
korang kadar pergerakan adalah tidak berterusan, kadang-kadang ia bergerak
pantas (10 meter dalam satu tahun) dan kadang-kadang sangat perlahan (kurang
dari satu meter). Sepanjang 57 tahun yang lalu, gumuk pasir ini telah berpindah
sebanyak 280 meter memberi anjakan tahunan sebanyak 4.9 meter setahun.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..