Tuesday, February 17, 2015

Dahsyat ..Amaran Untuk Meletupkan Mahkamah Malaysia



KUALA LUMPUR - Sebuah video yang memaparkan empat orang lelaki berpakaian hitam dan bertopeng mengugut untuk mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan di Mahkamah yang dimuat naik ke media sosial semalam.

Dalam rakaman tersebut, jurucakap kumpulan itu memberikan amaran akan mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan Mahkamah Malaysia dengan membakar mercun pada 18 Februari pada jam 11.30 malam, sambil memegang sekeping gambar artis wanita yang dipercayai Nora Danish.

"Kepada mana-mana parti yang telah lama memerintah, kami anak muda Malaysia dengan ini mengumumkan hasil manipulasi tipu helah selama ini menggunakan demokrasi, kami tidak lagi percaya sistem demokrasi.

"Andalah yang membentuk kami, kami terbentuk hasil dari tangan-tangan anda," kata jurucakap kumpulan itu.

Empat individu terbabit mendakwa perjuangan mereka baru saja bermula dan akan pergi lebih jauh.

"Semakin rosak demokrasi, semakin berkembang dan jauh cara kami menentang," katanya.

Tindakan empat individu ini dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden yang berlaku pada Ahad lalu dimana beberapa orang individu melakukan vandalisme di ibu kota dengan menggelarkan diri mereka 'Anti Kapitalisme'. 

Usaha kumpulan ini juga dipercayai didalangi oleh Sebuah Parti  yang memprotes keputusan mahkamah yang baru-baru ini mengekalkan keputusan mahkamah rayuan bahawa seorang Ahli Politik bersalah dan dikenakan hukuman lima tahun penjara. media hub

2 comments:

  1. Kita rakyat Malaysia tidak memerlukan mahkamah, semua tuduhan boleh diselesaikan dgn bersumpah depan kaabah atau junjung alQuran. Jika tidak mampu untuk pergi ke Mekah untuk bersumpah itu adalah memadai lakonkan shj di hadapan skrin layar berlatar belakang jamaah sedang tawaf dekat kaabah spt yg Sialfool buat tu, beres!!!

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..