Sunday, February 22, 2015

Indonesia Beri Amaran, Jangan Tuntut Popiah Berasal Dari Malaysia



JAKARTA - Satu demonstrasi telah diadakan di hadapan bangunan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta hari ini bagi mengingatkan Kerajaan Malaysia agar tidak menyenaraikan popiah sebagai masakan warisan Malaysia, lapor Detik News.

Kumpulan aktivis budaya yang dikenali sebagai Forum Masyarakat Peduli Budaya Indonesia (FORMASBUDI) mendakwa popiah atau lumpia adalah makanan yang berasal dari Semarang.

Menurut jurucakap FORMASBUDI, Rahmulyo Adiwibowo berkata, langkah itu perlu bagi menegaskan bahawa popiah adalah warisan budaya Indonesia. 

“Kerajaan Indonesia perlu mengambil langkah awal agar popiah tidak diambil Malaysia. Caranya adalah dengan menetapkan popiah sebagai warisan budaya nasional.

“Jangan sampai popiah menerima nasib yang sama seperti batik, wayang, dan lagu Rasa Sayang. Kerajaan Indonesia perlu mengambil langkah pencegahan awal,” katanya.

Kementerian Pendidik dan Kebudayaan Indonesia pada 17 Oktober yang lalu telah menetap popiah sebagai warisan budaya nasional.

FORMASBUDI juga akan mengusulkan perkara itu kepada UNESCO supaya mengiktiraf popiah berasal dari Indonesia.

Menurut FORMASBUDI, popiah diasaskan oleh seorang lelaki Cina, Tjoa Thay Joe yang menetap di Semarang pada 1870.

Namun, peristiwa berdarah di Indonesia di suatu ketika dahulu memperlihatkan rakyat asal Indoneisa sanggup membunuh kaum Cina. Tetapi, dalam soal popiah, rakyat asalnya sanggup mempertahankan popiah yang diasaskan oleh Cina.

Cara-cara Membuat Popia


Bahan-bahannya


15 keping kulit popiah ( ros beli kt baticrom)

150gram udang yang telah dibuang kulit ( boleh ganti dgn isi ayam atau daging)

200gram tauge ( kira satu paket tu lah)

1 biji telur

1/2 batang carrot

1/2 batang timun

1/2 cawan mix vegetable

2 ketul tauhu goreng

lada sulah

1/4 biji bawang besar


Cara-caranya


1. Bawang besar dan isi udang dicincang halus, kemudian timun dan carrot di hiris bentuk anak mancis, kira nipis-nipis lah, tauhu goreng di potong kecil bentuk kiub serta pukul telur sedikit menggunakan garpu.

2. Kemudian panaskan minyak dan tumis bawang besar tadi hingga layu, masukkan isi udang dan hirisan carrot, kacau sebati dan biarkan sebentar, selepas itu masukkan mix vegetable kacau lagi, di dalam kuali yang same, ketepikan semua bahan dan curahkan telur, biarkan telur masak dan hancurkan. Gaul sebati.

3. Akhir sekali masukkan tauhu dan tauge, sesuaikan rasa, masukkan garam dan lada sulah, pastikan inti popiah ini tidak mengandungi air, dan sejukkan sebelum digulung. Gunakan bancuhan tepung gandum dicampur dgn sedikit air ( seperti pes) untuk digunakan sebagai pelekat bagi proses akhir penggulungan popiah ini nanti.

4. letak inti di tengah kulit popiah dan lipat seperti biasa, goreng dengan minyak yang banyak dan pastikan minyak betul-betul panas. Sedap dimakan panas-panas dan di cicah dengan sos cili ataupun sos cili manis thai.

3 comments:

  1. Tjoa Thay Joe Pun tiru masakan orang lain juga.

    ReplyDelete
  2. Pasal kueh pun nak kecoh bangang betul la diaorang ni .

    ReplyDelete
  3. Memang babi Indonesia ni

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..