Sunday, February 8, 2015

Panassss !!!! Tak Solat Jumaat, Jenazah Tidak Boleh Disembahyangkan Di Masjid



Gambar salinan surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Masjid Jamek Sungai Puyu, Butterworth, Pulau Pinang mencetuskan tanda tanya apabila mengeluarkan kenyataan yang dianggap mengelirukan orang ramai.

Menurut surat pekeliling itu yang ditujukan kepada semua penduduk dan anak Kariah masjid berkenaan, penduduk Kariah yang tidak pernah hadir untuk solat Jumaat di masjid dan jika berlaku kematian, jenazahnya tidak boleh disembahyangkan di masjid.

Sebaliknya akan disembahyangkan di rumah arwah berkenaan dan terus dibawa ke tanah perkuburan untuk pengebumian.

Keputusan itu telah ditetapkan dalam suatu mesyuarat agung yang bertarikh 20 Julai 2008 yang lalu dan telah ditandatangani oleh pengerusi dan timbalan pengerusi serta Imam (1) masjid berkenaan.

Kenyataan surat ini menimbulkan persoalan sama ada benarkah surat pekeliling itu wujud? Apakah benar dalam agama Islam jenazah yang tidak pernah mengerjakan solat Jumaat di masjid kawasan tempat tinggalnya maka jenazahnya tidak boleh disembahyangkan dalam masjid tetapi hanya sekadar di rumah sahaja?

Mohon pihak Masjid Jamek Sungai Puyu, Butterworth, Pulau Pinang memberikan respon demi pencerahan dan kebenaran.

Bagaimanapun, ada sesetengah netizen menganggap surat pekeliling ini hanya sekadar bersifat 'psikologi' untuk orang yang masih hidup agar datang mengerjakan solat Jumaat di masjid. 

Wallahua'lam

2 comments:

  1. awat takut dah masa idup pun tak mau ke masjid bila dah mati orang idup pula lebih lebih nak bawa simati pi masjid
    solat jenazah kat rumah pun bole itu nasib ada orang nak buat

    masa idup tak mau bila mati mau
    kesian

    ReplyDelete
  2. Kenapa diperlakukan demikian oleh mereka yg masih hidup untuk memalukan jenazah? Mungkin dia semasa hayatnya bersolat jumaat di masjid lain yg berdekatan dgn tempat dia bekerja, apakah bijak menghukum jenazahnya dgn cara begitu? Bagaimana pula dgn jenazah golongan muslimah, apakah tindakan serupa juga akan diambil? Dgn beberapa persoalan ini shj sudah cukup untuk tidak mewajarkan maksud surat pekeliling itu, jika benar2 ada.

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..