Gambar seorang wanita berusia 40-an meratah hidup mentah tersebar di laman sosial tanpa sebarang penjelasan. Tindakan itu menyebabkan orang ramai membuat andaian sendiri yang wanita itu mengamalkan ilmu hitam.
Menerusi carian di Google, wanita itu dikenali sebagai Miskaulah, 38, berasal dari Indonesia.
Difahamkan, wanita itu sejak dari kecil lagi sudah terbiasa makan daging mentah setiap hari. Di usianya yang semakin lanjut, dia kini hanya mampu menghabiskan dua ekor daging ayam mentah berbanding dulu, lima ekor ayam mentah.
Jika tidak mempunyai wang untuk membeli ayam hidup, wanita itu terpaksa memakan ayam milik saudara maranya yang berkeliaran di belakang kawasan rumahnya. Namun, tindakannya itu tidak dihalang oleh saudara mara kerana sudah faham dengan ‘keperluan’ wanita itu.
“Kadang-kadang saya juga makan ular dan saya terpaksa membelinya dari penjual. Jika dibandingkan antara daging ayam dan daging ular, saya lebih suka daging ayam kerana dagingnya sedap dan enak.
“Saya pernah keracunan ketika memakan daging ular di usia muda. Tidak pasti pula apa jenis ular yang saya makan ketika itu. Akibatnya, wajah saya membengkak teruk,” katanya.
Muskil. Dari pakaian yg dipakai bertudung menutup aurat tapi makan bukan setakat ayam metah tapi ular yg pastinya juga mentah. Tak faham org2 Indon ni. Klau nak mengaku perbuatan yg meyalahi Islam jgn lah berpakaian spt org Islam yg membuat org lain rasa keliru.
ReplyDeleteJadi lah orang melayu yg tahu serba serbi luar negara jgan tau dlm 1malaysia je.Di indon pakaian bkn melambangkan ugama yg mereka.anuti. pegi le melancong keluar negara mat dol oooi.
ReplyDelete