Monday, February 2, 2015

Perghhh Lelaki Bunga yang di takuti Polis..




Mereka memakai kalungan bunga dan herba pada badan, nampak tidak berbahaya, tapi sebenarnya puak yang tinggal di kawasan pergunungan Habala itu digeruni polis tempatan.
Terentang di kawasan sempadan Arab Saudi - Yaman, mereka hidup dengan peraturan sendiri, tidak tunduk kepada sesiapa - termasuk kerajaan.

Komuniti berasal dari Tihama dan Asir itu digelar “lelaki bunga” kerana masih mempertahankan amalan tradisi memakai kalung bunga yang diamalkan lebih dua milenium lalu.

Seorang pengembara dan jurugambar, Eric Lafforgue berkata, komuniti itu pernah menyebabkan pergolakan di rantau berkenaan, terbabit dalam peperangan rentas sempadan dan mengganas terhadap pihak yang cuba memasuki kawasan mereka.

“Dulu orang asing langsung tidak dibenarkan memasuki kawasan mereka.

“Beberapa kampung hanya boleh diakses melalui tali,” katanya.

Golongan wanita pula, kata Lafforgue, biasanya menyembunyikan diri jika tempat itu didatangi pelawat.

Katanya, kalungan bunga di kepala lelaki Habala sebenarnya menyembunyikan keganasan mereka.

“Untuk kali pertama dalam hidup, saya melihat polis lengkap bersenjata begitu takut kepada orang awam di kawasan terpencil,” katanya.

Seorang pakar antropologi dari Perancis, Thierry Mauger, yang melawat puak terbabit pada 1990-an mendakwa dia hampir menjadi mangsa rogol lelaki bunga.

5009
 
4983
 
7
 
8
 
7
 
0

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..