Thursday, February 12, 2015

Terkini..Pengulas Sukan Dato Hasbullah Awang Meninggal Di IJN.




Lapor Astro Awani, pengulas sukan lagenda, Datuk Hasbullah Awang telah meninggal dunia selepas menerima rawatan di Institut Jantung Negara, sebentar tadi.
KUALA LUMPUR: Pengulas sukan  negara, Datuk Hasbullah Awang, 63. dilaporkan meninggal dunia pada usia 63 tahun di Institut Jantung Negara dipercayai akibat komplikasi jantung.


Beliau yang betugas sebagai pengulas sukan bagi rangkaian Astro Arena sejak Januari 2014, menghembuskan nafas terakhir selepas menerima rawatan di fasiliti perubatan tesebut sejak minggu lalu.



Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dalam twit terbarunya meluahkan rasa sedih ke atas pemergian Allahyarham yang dianggapnya sebagai 'Suara Sukan Malaysia'.






Allahyarham merupakan antara pengulas sukan terbaik yang pernah dilahirkan negara sebaris nama-nama besar lain seperti Datuk Rahim Razali. Allahyarham mempunyai aura tersendiri dengan intonasi suara yang menarik membuatkan kita menjadi seronok mendengar setiap ulasan daripada beliau. Ramai yang berpendapat, Allahyarham memiliki tonesuara yang mempunyaiweighttersendiri.

Allahyarham yang dilahirkan 9 September 1952 di Teluk Intan, Perak, memulakan tugas sebagai juruhebah radio di Radio 1 RTM selain pernah menjadi pembantu mengendalikan program khas radio untuk kanak-kanak bersama Kak Yong.

Populariti Allahyarham memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia memasuki era Semi-Pro pada awal 1990-an.

Ketika mengulas perlawanan bolasepak, Allahyarham mempunyai gaya yang tersendiri, beliau akan menyebut asal pemain yang sedang beraksi, apa kegemaran pemain tersebut dan siapa mencungkil bakat pemain itu.

Penonton bukan hanya sekadar melihat aksi pemain itu dan mendengar celoteh pengulas tetapi dapat juga mengetahui sedikit sebanyak latar belakang bintang sukan yang mereka minati.

Itulah kelebihan insan bernama Hasbullah Awang yang mungkin sukar dicari ganti. Semoga rohnya dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh.Al-Fatihah.











No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..