Saturday, March 21, 2015

Awas! Ayam Berpenyakit Misteri (Virus) Dijual Di Pasaran









Seorang individu memuat naik beberapa gambar seekor ayam yang didakwa berpenyakit misteri dan mendatangkan bahaya kepada pengguna.

Bh Tan, memuat naik gambar-gambar berkenaan di laman Facebooknya pada 16 Mac yang lalu.


"Be Alert! Don't buy or eat chickens at anywhere. Just receive message from one of the chicken processing company staff inform about all the chickens that they cut got infectious some mysterious disease. So avoids chicken for 1-2 weeks. Spread the message!!" 

Terjemahan bahasa Melayu:

"Awas! Jangan beli atau makan ayam di mana-mana. Baru saja menerima mesej dari salah seorang kakitangan syarikat pemprosesan ayam yang memaklumkan tentang ayam yang dipotong oleh mereka dijangkiti penyakit misteri. Jadi, elakkan dari membeli/makan ayam untuk seminggu dua ini. Sebarkan mesej ini!"

Jelas Bh Tan lagi, sudah ramai yang termakan ayam yang dijangkiti penyakit misteri itu menyebabkan timbulnya bintik-bintik merah di bahagian muka, badan dan tapak tangan. 



Bh Tan juga mendakwa penyakit bintik-bintik merah itu adalah virus dan kerajaan Malaysia telah merahsiakan perkara ini dari pengetahuan umum.

Bagaimanapun, dakwaan liar yang mengatakan Kerajaan Malaysia merahsiakan perkara itu adalah tidak benar. 

Menurut sumber dalaman Kementerian Kesihatan Malaysia, mereka tidak tahu akan kes berkenaan dan penyebaran kes itu tidak dilaporkan kepada mereka. Namun tidak menafikan ada menerima laporan dari orang awam yang meminta pengesahan mengenai kes tersebut.

Hasil pemerhatian kami, tiada sebarang laporan mengenai ayam berpenyakit misteri ini tersebar di laman sosial mahupun dijual oleh peniaga daging ayam. 

Pengguna dinasihatkan agar memerhatikan tanda-tanda seperti dalam gambar pada daging ayam yang telah diproses sebelum membeli sebagai langkah berjaga-jaga. Mohon Kementerian Kesihatan Malaysia siasat perkara ini sebelum rakyat Malaysia panik. 

2 comments:

  1. Org malaysia suka tipu.

    ReplyDelete
  2. Menteri Malaysia dari UMNO/BN lagi suka nak menipu.

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..