THAILAND - Gambar seorang kanak-kanak lelaki dipukul, diikat di tiang serta dib0gelkan tersebar meluas di laman sosial dikecam ramai pihak sama ada dalam atau luar negara yang menyifatkan tindakan si pelaku itu sangat kejam.
Difahamkan, kes itu berlaku di negara jiran, Thailand sekali gus menafikan dakwaan sesetengah blogger tempatan yang mengatakan kejadian itu berlaku di Malaysia.
Ekoran gambar-gambar mangsa tersebar meluas di laman sosial, segelintir netizen bertindak melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa.
Hasil maklumat orang awam, pihak polis dengan kerjasama tentera dan juga pegawai kebajikan kanak-kanak berjaya mengesan lokasi kejadian dan menyerbu kediaman terbabit bagi menyelamatkan mangsa.
Ketika ditemui, mangsa yang berumur 7 tahun itu dalam keadaan letih, menangis dan mengalami kecederaan teruk di bahagian belakang badannya.
Lebih teruk lagi, luka di badan mangsa turut disiram dengan air garam dan sos ikan bagi menyeksa mangsa.
Difahamkan, wanita berkenaan pergi ke sebuah kedai runcit bersama dengan mangsa. Kemudian, kanak-kanak itu didapati mencuri sekeping coklat oleh pemilik kedai menyebabkan mereka terpaksa membayar gantirugi. Jika tidak, pemilik kedai akan membawa kes itu ke balai polis untuk pendakwaan.
Enggan memanjangkan kes itu, ibu saudara mangsa terpaksa membayar jumlah gantirugi yang diminta.
Berang dengan kejadian yang memalukan itu, wanita berkenaan gagal mengawal perasaan marahnya lalu menghukumnya dengan memb0gelkan kanak-kanak itu dan mengikatnya di tiang rumah serta memukul badannya bertalu-talu dengan menggunakan objek tumpul sehingga luka dan berdarah.
Pihak berkuasa yang datang terus menyelamatkan kanak-kanak lelaki itu dan membawanya ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan lanjut. Hasil pemeriksaan pihak hospital mengesahkan bahawa mangsa telah didera.
Wanita terbabit juga telah ditahan oleh pihak polis untuk siasatan dan akan didakwa atas tuduhan mendera kanak-kanak.
Kanak-kanak lelaki itu dikatakan telah tinggal bersama dengan ibu saudaranya itu sejak kecil lagi. Kedua-dua ibu bapa mangsa telah meninggal dunia.
saya mengucapkan banyak terimakasih kepada MBAH WITJAKSONO yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama MBAH WITJAKSONO dengan senang hati MBAH WITJAKSONO mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasih semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungi jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi MBAH WITJAKSONO di: 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga BOCORAN TOGEL 2D 3D 4D 5D 6D
ReplyDelete