Monday, April 20, 2015

Abang IGP pimpin demo 'antisalib' Di Selangor.



Datuk Abdullah Abu Bakar, yang memimpin perhimpunan menuntut salib sebuah gereja diturunkan di Petaling Jaya, dikenal pasti abang kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid.

Kedua-dua mereka dijangka menyentuh perkara itu dalam program berasingan hari ini.

Abdullah (kanan) juga dikatakan pemimpin Umno bahagian itu.

Khalid dijangka jelaskan isu itu dalam acaranya yang dijadual pada jam 2.30 petang ini.

Sementara itu, bekas calon BN Taman Medan pada 2013 Munaliza Hamzah memberitahu Malaysiakini bahawa Umno bukan dalang di balik tindakan mereka.

“Perkara ini tiada kaitan dengan Umno. Kami tidak wakili Umno.

“Kami tidak dapat arahan Umno (untuk buat bantahan itu),” kata Munaliza yang terlibat dalam perhimpunan itu.

Beliau mengulas dakwaan anggota Parlimen Petaling Jaya Selatan MP Hee Loy Sian yang membayangkan bantahan itu dirancang oleh Umno.

Munaliza menegaskan mereka mewakili penduduk Taman Medan, terutamanya di kawasan Medan Cahaya.

“Itu kenyataan salah. Suruh Hee tutup mulut dia,” kata Munaliza.

1 comment:

  1. Mereka ni kumpulan dan pengikut IS kut, bahaya macam ni, ini dah kira mengugat keselamatan negara, perkauman agama

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..