Tuesday, April 28, 2015

CERITA SEBENAR LELAKI TUA DITERAJANG DI KEDAI MAKAN


Pengguna media sosial awal pagi tadi digemparkan dengan penyebaran sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki menerajang seorang lelaki warga emas sehingga terjatuh.

Video yang dimuat naik oleh seorang wanita bernama Rubyshah itu di laman Facebook bagaimanapun tidak menjelaskan punca sebenar kejadian.

Tampil seorang wanita bernama Norhashimah Saad menerangkan apa sebenarnya yang berlaku.

"27 April 2015, baru balik jumpa dengan Pian dan keluarga dia. Sebenarnya kes ini terjadi sebab pakcik itu yang tampar anak dia. Masa ibu dia tanya, dia menangis-nangis tu, dia kata pakcik tu tampar dia. 

"Yang si Pian pun tanyalah pakcik tu. Pakcik tu angguk mengaku. Itu yang Pian marah sangat tu.

"Pian nangis akui kesilapan dia. Bila dia tengok balik video tu, dia sendiri kata jahatnya dia waktu tu.

"Masa salam tu nampak tak berapa kemas sebab tangan pakcik tu sakit. Dia menyesal sangat-sangat. Kes berlaku pada hari Jumaat dalam pukul 3 petang. 

"Hari Sabtu malam tu, ada orang dah datang pukul dia. Itu yang buat dia lagi takut.

"Insha Allah satu perjumpaan lagi sekali akan diadakan bersama keluarga pakcik itu untuk mohon maaf sekali lagi. 

"Dia dah minta maaf dengan pakcik tu. Sekian report saya," katanya menjelaskan hal sebenarnya yang kini telah menjadi kes polis.

1 comment:

  1. Kata kat Pian yang terajang orang tua itu "kepala butuh bapak engkau" hanya berani terajang orang yang dah tak berdaya siap nak hentak dengan kerusi lagi tu. Macam orang yang kena bantai dek samseng jalanraya lah lagaknya, bila kita yg buat salah kita tak mengaku tapi bila kena bantai dengan kunci stereng baru kita menuduh bahawa si pemukul kita yg samseng sedangkan kita ni mulia dan beradap sangat semasa memandu kereta.

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..