Sunday, April 19, 2015

Hadi jawab 'rahsia' Khalid bersamanya ke Jakarta ..Apa Jawapanya.?


  • Hadi jawab 'rahsia' Khalid bersamanya ke JakartaPresiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika ditanya mengenai kehadiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada sidang media hari ini.
 1 / 1 
AMPANG -  "Kebetulan, beliau ada kawan dekat sana,” demikian respons ringkas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika ditanya mengenai kehadiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Jakarta bersamanya sehingga timbul khabar angin yang mengatakan 'pertemuan' itu diadakan bagi membincangkan mengenai penggantian Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.
Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, dalam pertemuan itu, perbincangan mengenai Abdul Khalid ingin menduduki semula kerusi nombor satu di Selangor itu tidak timbul.
"Saya lawat Indonesia berjumpa dengan Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Perwakilan Indonesia, Pengerusi Pertamina serta kalangan cendekiawan termasuk Muhammadiah, ulama dan golongan akademik untuk membincangkan perpaduan ummah di Asia Tenggara.  
"Kita tidak mahu apa yang berlaku di Asia Barat berlaku di sini walaupun kita berbeza pandangan dalam kalangan kumpulan Islam dan pemerintah sendiri. Kita tetap pilih demokrasi berparlimen walaupun ada kelemahan yang kita tak setuju tapi tak sampai jadi macam Asia Barat yang ada campur tangan asing.
"Kita tak mahu campur tangan asing berlaku di negara kita, itu sebenarnya.  Kita bincang itu saja tak timbul isu nak kembalikan Khalid Ibrahim‎," katanya kepada pemberita pada majlis Kongres Profesional Muslim SeMalaysia, di sini, hari ini.
Terdahulu tersebarnya sekeping gambar yang  telah dimuat naik di Twitter Abdul Khalid sendiri yang memaparkan pertemuan beliau bersama-sama Abdul Hadi, Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri di Jakarta.
Sementara itu, turut tersebar di media sosial, mengenai perbincangan mengenai lima Adun Selangor dari PKR yang akan mengumumkan untuk ‘melompat’ sekali gus menyatakan sokongan terhadap Abdul Khalid. 
Ekoran khabar angin yang tersebar itu, Mohamed Azmin menafikan perkara itu dan menganggap perkara itu hanya cerita dongeng semata-mata.

3 comments:

  1. Akhir zaman ramai umat masuk neraka akibat bersangka buruk diantara mereka. Yang benar tu salah yg salah buruk penyamun tu baik .

    ReplyDelete
  2. si haram jadah en hadi bukan tahu apa.. dia ni bangan sikit.. demo depan mata tak tahu, mat sabu kena tangkap tak tahu, pukumakmulamak main taktik kotor trak nampak.. yang dia tahu fitnah, mungkir janji, penipu

    ReplyDelete
  3. haram jadah betul hadi ni dia kata kebetulan..dasar ulamak pukimak penipu.. ni kata tski :
    Saya menyertai perbincangan antara Tuan Guru Hj Abdul Hadi bersama pelbagai ketua komuniti Islam baru-baru ini atas kesedaran betapa pentingnya bagi Malaysia terus memperkukuhkan lagi hubungan baik yang sekian lama terjalin dengan pemimpin NGO Islam Indonesia ke arah membina satu rangkaian kerjasama menyeluruh dan berkesan, seterusnya mengambil bahagian secara aktif dalam pembangunan ekonomi dan kemakmuran rakyat ASEAN.

    Amat kritikal untuk kita semua memastikan masyarakat Islam tidak ketinggalan dalam memainkan peranan dan tidak tercicir dalam kepesatan pembangunan ekonomi terutama memanfaatkan potensi besar dengan wujudnya ASEAN Economic Community (AEC) yakni satu pasaran bebas bagi 600 juta penduduk atau setara dengan lebih 9% dari pasaran konsumer dunia.

    Namun, untuk mencapai hasrat tersebut, perlu ada kestabilan dari segi sosio-ekonomi dan politik terlebih dahulu.

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..