Bekas jururawat dijel lagi
Tertuduh (tengah) ketika hadir ke mahkamah atas tuduhan sama sebelum ini.
Tertuduh (tengah) ketika hadir ke mahkamah atas tuduhan sama sebelum ini.
KOTA BHARU - Seorang bekas jururawat yang pernah dijel atas kesalahan guna wang palsu dihukum penjara lapan tahun lagi atas kesalahan sama di mahkamah sesyen, di sini, semalam.
Hukuman diputuskan Hakim Mohd Yusoff Yunus terhadap Nor Aziarina Ismail, 31, dan mengarahkan hukuman berkuat kuasa pada tarikh ia dijatuhkan.
Nor Aziarina didakwa menggunakan tiga not RM100 bernombor siri AJ2209377 dan dua not RM100 bernombor AD6926408 sebagai tulen yang dibuat dengan jalan pemalsuan untuk membeli seunit tablet 7.0 berjenama Asus daripada Muhamad Afifizuhdi Muhamad Sukri, 23.
Urus niaga berlaku di simpang tiga Bukit Tiu, Machang, jam 7.10 malam pada 26 November 2013.
Perbuatan tertuduh yang beralamat di Kedai Tepi Masjid Jelor, Pasir Puteh itu, menyebabkan mangsa kerugian RM700.
Pada prosiding semalam, tertuduh merayu hukumannya diringankan dengan mengambil kira dia yang telah berkahwin dan mempunyai dua anak masih kecil.
Tertuduh sebelum ini pernah dihukum penjara lapan tahun dan tiga tahun atas tuduhan membabitkan kesalahan sama. Nor Aziarina juga pernah dituduh bersama suaminya, Azahar Yusof, 39, menjalankan aktiviti memproses dan memiliki wang palsu, bagaimanapun lelaki itu dibebaskan.
Hukuman diputuskan mengikut Seksyen 489 B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda.
ARTIKEL BERKAITAN
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..