Monday, April 13, 2015

Imam Muda ..Puji Air Asia Kerana Benarkan Solat Berjemaah Dalam Pesawat.



Imam Muda Asyraf sempat berkongsikan pengalaman beliau berpeluang menunaikan solat secara berdiri dan berjemaah di dalam pesawat AirAsia.

Menceritakan melalui laman Instagramnya, Asyraf berkata itulah pertama kali dia dapat bersolat secara beridri dan berjemaah di dalam pesawat penerbangan domestik.

Beliau juga berterima kasih kepada kru kabin AirAsia yang telah memberikan kerjasama kepadanya dan rakan-rakan menunaikan solat pada ketika itu.


Selama ini, ramai umat Islam menyangka adalah sukar untuk mengerjakan solat di dalam pesawat kerana menjangkakan akan menghadapi masalah-masalah kecil seperti hendak mengambil wuduk. Penggunaan air yang terhad serta tidak mempunyai paip air di dalam pesawat.

Selain itu, seringkali mendengar alasan segan bersolat di dalam pesawat kerana bimbang akan menjadi perhatian penumpang di sebelah tempat duduk.

Sebenarnya, penumpang pesawat boleh saja bersolat tanpa berwuduk dengan melakukan Solat Hormat Waktu. Ini kerana ada ketikanya, sama ada akibat darurat atau sebagainya, kita tidak dapat berwuduk atau bertayamum bagi menunaikan solat. Dalam hal ini, umat Islam boleh menunaikan solat Hormat Waktu.

Berkenaan dengan waktu solat, para penumpang boleh bertanya kepada kru pesawat dan mereka akan merujuk kepada juruterbang.

Berhubung arah kiblat, kebiasaannya dalam peswat mempunyai paparan skrin yang menunjukkan lokasi dan arah tuju sesuatu penerbangan.

Menerusi paparan itu memudahkan penumpang mengetahui arah kiblat. Namun ketika sedang menunaikan solat, arah kiblat bertukar maka dia tidak perlu mengulanginya semula.

5 comments:

  1. tak payah nak tabik2 spring.....jgn lah ibadat tu di sosial mediakan sgt....ko boleh solat jama" ....toksah berciri munafik ..libadat dii pertunjuk2...

    ReplyDelete
  2. bukan setiap masa boleh solat jama'. kalau anda dari london bertolak malam di london, sampai kl selepas habis waktu subuh. nak tak nak kena solat subuh atas kapal terbang. Saya pernah fly dari dubai. take off 7.30 waktu dubai, landing di klia 7.30 pagi. kena ingat, bumi ni berputar. bila kita travel dari barat ke timur maka masa akan jadi lebih cepat. kalau kita travel dari timur ke barat masa jadi lebih lambat. saya dari kl pukul 12.05 am sampai dubai pukul 12.05 juga tapi waktu dubai.

    ReplyDelete
  3. Si Pengembara kat atas ni jenis manusia berhati busuk.. bukannya setiap masa buleh jama'.. pegi la solat cuci sikit hati kamu yg kotor brkarat tu

    ReplyDelete
  4. Apabila dah lepas je jarak 90km, tak kira terbang ke melompat ke, bolehlah "jamak" apa nak gaduh-gaduh!

    ReplyDelete
  5. syukur alhamdullillah. dpt segerakan solat. tabik spring

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..