JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dirotan sehingga meninggalkan kesan birat oleh seorang wanita berusia 40-an, semalam.
Ibu kepada kanak-kanak terbabit membuat laporan polis terhadap pengasuh anaknya itu sehingga mendatangkan kecederaan di beberapa bahagian anggota badannya di rumah pengasuh terbabit di Taman Sri Yaacob.
Ibu mangsa, Lau Hui Choon, 32, berkata, kejadian itu berlaku pada hari ketiga dia menghantar anak perempuannya dan anak lelaki bongsu berusia setahun ke rumah wanita terbabit.
Pengasuh yang hanya dikenali dengan nama 'auntie' itu menghubungi Hui Choon pada jam 8 malam semalam dan mengadu anak perempuannya itu berkelakuan nakal sehingga dia terpaksa mengambil tindakan merotan mangsa dengan alasan mahu mendisiplinkannya.
"Selepas menerima panggilan, saya ke rumah pengasuh itu kerana bimbang dengan keselamatan anak. Alangkah terkejutnya saya apabila melihat kaki dan tangan anak perempuan saya cedera dipercayai akibat dirotan wanita berkenaan.
Tidak berpuas hati dengan tindakan wanita itu, Hui Choon segera membuat laporan polis di Balai Polis Nusajaya, pada hari yang sama.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..