Thursday, April 9, 2015

PerghHH : Dahsyat Boleh Sampai Jakarta dengan sembunyi di sebalik tayar

  • Sampai Jakarta dengan sembunyi di sebalik tayar
  • Gambar Hiasan

JAKARTA - INDONESIA. Seorang lelaki yang ditemui berdekatan sebuah pesawat milik Garuda Indonesia dikatakan bersembunyi di bahagian roda pesawat tersebut sepanjang penerbangan.

Menurut Jakarta Post, lelaki tersebut, Mario Stevan Ambarita, 21 dikejarkan ke hospital selepas ditemui dalam keadaan terkejut dan berdarah di bahagian telinganya.

Jurucakap Garuda memberitahu, Mario berjaya menceroboh Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Syarif Kasim II dan berlari ke pesawat Boeing 737-800 berkenaan.

"Lelaki tersebut telah membuat persediaan. Beliau belajar dari Internet dan memerhatikan pendaratan dan pelepasan pesawat," kata Pujobroto.

"Beliau mahu pergi ke Jakarta," tambahnya.

Garuda bagaimanapun akan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat bagaimana Mario boleh melepasi kawasan yang sepatutnya dikawal dengan ketat.

1 comment:

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..