Friday, April 24, 2015

Sedih : Gara-gara Terlupa Tutup Pintu Rumah, Bayi Lemas Selepas Keluar Merangkak Ke Sungai

Gara-gara Terlupa Tutup Pintu Rumah, Bayi Lemas Selepas Keluar Merangkak Ke Sungai

YAN: Gara-gara terlupa tutup pintu rumah, seorang kanak-kanak berusia 18 bulan telah ditemui lemas di dalam Sungai Teroi selepas dikatakan bayi tersebut telah merangkak keluar menuju ke arah sungai semalam.

Mayat Muhammad Adam Mikhail Shukri telah ditemui kira-kira satu kilometer dari lokasi bayi tersebut jatuh oleh sepasukan anggota bomba dan penyelamat pada jam 5.35 petang.


Kejadian berpunca apabila abang mangsa telah keluar rumah untuk menyidai pakaian di luar tanpa menutup pintu.


Orang ramai bekerjasama mencari mangsa

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Yan Penolong Penguasa Bomba Mohd Firdaus Bukhari berkata, pihaknya menerima panggilan pada 4.42 petang sebelum sebuah jentera bersama tujuh anggota ke lokasi.

Mayat telah dihantar ke hospital Yan untuk bedah siasat. - Siakapkeli.com.my

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..