Wednesday, April 8, 2015

TERPEDAYA DENGAN 'KEKASIH ONLINE', GURU RUGI RM130,000


KUALA LUMPUR - Akibat terpedaya dengan kata-kata manis kekasih yang tidak
pernah ditemui, seorang guru wanita mengalami kerugian sebanyak 130,000
akibat ditipu oleh satu sindiket, Love Scam.

Guru wanita yang berusia 42 tahun itu dikatakan telah menjalinkan hubungan
 cinta dengan seorang lelaki 'mat salleh' yang mendakwa dirinya berusia 36 tahun
 melalui laman Facebook. Mangsa dikatakan pernah menyerahkan wang berjumlah
 RM130,000 kepada lelaki itu dalam tempoh dua bulan perkenalan mereka.

Mangsa kemudian mengaturkan pertemuan pertama di antara mereka di lobi
Cabana Inn, Jalan Perak, pada Sabtu lalu bagi menuntut kembali wang yang telah
 dipinjamkan kepada lelaki terbabit.

Malangnya, 'Mat Salleh' yang sering dihubungi oleh mangsa itu sebenarnya adalah
seorang lelaki warga Nigeria dan lelaki itu telah menyerahkan sebuah beg jenama
 Slazenger yang dalamnya mengandungi sebuah beg bimbit berjenama Polo
yang terdapat sejumlah wang kertas AS$100 yang diragui kesahihannya.

Meragui ketulenan wang itu, mangsa menghubungi polis.
Tiba di tempat kejadian, mangsa menunjukkan kepada polis pemilik beg itu.

Hasil siasatan mendapati, suspek merupakan seorang pelajar universiti swasta
 di Kuala Lumpur dan dia terus ditahan bersama dengan barang kes untuk tindakan
selanjutnya.
Beg tangan yang didakwa berisi 71 bungkusan wang AS$100 itu disyaki palsu
 dan beberapa peralatan yang disyaki digunakan untuk menjalankan aktiviti
 pemalsuan wang juga turut ditemui.

Polis juga mendedahkan, suspek juga mempunyai rekod memasuk negara ini
sejak seminggu lepas dan pernah berada di negara ini untuk jangka tempoh masa
yang lama.

Suspek kini ditahan reman empat hari sehingga Rabu untuk sisatan lanjut di
bawah Seksyen 489C Kanun Keseksaaan kerana memiliki wang palsu dan jika
 sabit kesalahan boleh dihukum penjara 10 tahun.

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..