Dr M isytihar tidak sokong Najib
IPOH - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan tidak lagi menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana didakwa lemah dalam mentadbir negara.
Beliau berkata, pelbagai langkah telah diambil bagi menasihati Najib namun perkara itu dilihat tidak memberi kesan yang positif terutama membabitkan soal kepimpinan dan pentadbirannya.
“Saya sudah berunding, nasihat dan beri pandangan kepada beliau namun ia semacam tak memberi kesan.
“Oleh itu, saya telah tulis surat mengatakan saya tidak boleh lagi sokong beliau dan buat pengetahuan semua (hadirin) Najib tidak (pernah) maklumkannya (mengenai surat) kepada sesiapa,” katanya pada program Bicara Negara Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di sebuah hotel di sini, hari ini.
Mahathir berkata, tindakannya menolak kepimpinan Najib itu juga berpunca daripada kegagalan perdana menteri itu mendengar keluhan akar umbi dan rakyat jelata.
“Saya tahu ada pihak akan marah bila saya katakan perkara ini namun ingin saya tegaskan kepimpinan Najib tidak sama sepertimana arwah bapanya, Tun (Abdul) Razak yang sanggup menyelusurkan segenap kampung bertanyakan hal rakyat,” katanya.
Beliau berkata, ahli Umno terutamanya pimpinan tertinggi perlu berani menegakkan kebenaran sekali gus menggugurkan Najib daripada mengetuai Kabinet dan parti.
“Umno perlu gugurkan Najib demi tanggungjawab bangsa, agama dan negara selain tidak sesekali boleh membiarkan sokongan kepada seseorang individu menidakkan sokongan kepada agama, bangsa dan negara.
Selain itu, katanya, beliau tidak menolak Umno dan BN akan tumpas dalam PRU14 sekiranya pakatan itu mengekalkan Najib selaku Perdana Menteri.
“Mungkin, dan saya fikir Umno itu akan lenyap terus ditelan zaman,” katanya
.
.
Tun sekarang tengah pecahbelahkan UMNO sebenarnya , UMNO sekarang dah terbahagi kepada 2 bahagian ,1 sokong Najib 1 sokong TUN , yg bertepuk tangan ialah DAP
ReplyDeleteInilah golongan yg sepatutnya kita hapuskan kerana tak mahu berdiri atas kebenaran. Bila orang menyatakan kebenaran dia pula membela kemungkaran. Dalam filem Ibu Mertua Ku...KENAPA TUHAN MENCIPTAKAN KAMU SEBAGAI MANUSIA TIDAK SEBAGAI HAIWAN?
DeleteTakan sebodoh itu pendapat kamu anon 8.27.Apa pulak bila Dr Mahadir membidas naji Dap pulak tepuk tangan ,memnglah kalau Bn jatuh kemungkinan Pakatan amik alih dan kau akan merana seumur hidup,sebab selama kau hidup dengan Umno je.
ReplyDelete