- 1Malaysia Development Berhad
KUALA LUMPUR - Menteri Kabinet yang masih tidak memahami isu pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) meskipun keputusan bersama telah diputuskan digesa untuk melepaskan jawatan.
Pengerusi Kelab Penyokong BN (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad menegaskan, Kabinet Malaysia berasaskan prinsip tanggungjawab bersama dan mana-mana menteri yang masih enggan memahami isu tersebut dianggap telah melanggari keputusan bersama itu.
"Prinsip Kabinet, prinsip tanggungjawab bersama dan keputusan yang diambil adalah keputusan kolektif dan tanggungjawab bersama.
Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini
"Pilihan kan ada, tiada siapa pun paksa jadi menteri... itu tak jadi masalah, kalau ada menteri yang kata tak faham tapi keputusan telah dibuat, boleh keluar lah (Kabinet)," katanya kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan veteran Umno, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah semalam yang mengatakan keseluruhan Kabinet perlu dipertanggungjawabkan atas masalah yang dihadapi 1MDB dan bukannya dibebankan kepada Perdana Menteri seorang sahaja.
Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata, jika ahli Kabinet tidak sedar mengenai isu 1MDB, mereka sepatutnya membuat siasatan, bukannya menuding jari ke arah orang lain.
Mengulas lanjut, Shahrir juga berkata, jika ahli Kabinet masih tidak memahami isu yang dihadapi 1MDB, mereka terbabit boleh berjumpa sendiri dengan perdana menteri sehingga berpuas hati (keputusan Kabinet).
"Kita diberi peluang untuk berbincang dan bertanya sampai kita puas hati. Kalau tak puas hati boleh pergi lagi sekali jumpa Perdana Menteri tanya lagi dan tanya Menteri Kewangan.
"Jika ada menteri kata tak faham, cakaplah tak faham, tanyalah. Jangan sampai tak reti nak tanya, prinsip dalam Kabinet kita ada tanggungjawab bersama, kalau tak faham tanya lagi," ujarnya.
Ketika ditanya tentang kesahihan dakwaan Ku Li itu, beliau bagaimanapun hanya menyifatkan ia sebagai dakwaan semata-mata.
"Tak tahulah, itu dakwaan dia, mungkin ada menteri yang tak faham tak tahulah, tapi perbincangan pernah berlaku.
"Kalau sudah ada keputusan dan menteri kata tak faham lagi.. apa benda yang tak faham? Saya anggap itu hanya dakwaan," katanya lagi.

No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..