Monday, May 18, 2015

Pergh : Terusan Thai Bakal Di Buka Dalam Masa Beberapa Tahun Lagi.Punah Singapore



Yudi Kurniawan Budi's photo.

Yudi Kurniawan Budi's photo.

Yudi Kurniawan Budi's photo.


China-Thailand metrai perjanjian Terusan Thai, Semenanjung Malaysia terpisah dari Tanah Besar Asia
Semalam kerajaan China dan kerajaan Thailand menandatangani MoU bagi meneruskan projek Terusan Thai atau Terusan Kra atau Terusan Kra Isthmus, bertujuan meningkatkan aktiviti penganguktan laut seperti Terusan Panama dan Terusan Suez.
Cadangan projek terusan ini sebenarnya sudah bermula pada 1677 oleh Raja Narai yang meminta jurutera Perancis de Lamar tetapi gagal kerana keupayaan teknikal yang terhad pada masa itu.
Pada kurun ke-19 British East India Company berminat menyambung projek itu bagi tujuan melindungi rantau Asia Tenggara dari serangan musuh dan memudahkan perjalanan kapal perang.
Pada 1897 Thailand dan British bersetuju untuk tidak meneruskan projek tersebut bagi melindungi aktiviti perdagangan di perairan Selat Melaka.
Kewujudan Terusan Thai bakal memberikan persaingan dengan Selat Melaka, pada 2011 sebanyal 15.1 juta tong minyak mentah melalui Selat Melaka.
Terusan Thai akan memendek perjalanan kapal dagang sebanyak 600km (370batu) atau penjimatan sebanyak US$493 juta setahun.
Ini mungkin mencetuskan ketidaktentuan dikalangan negara yang bergantung kepada Selat Melaka termasuklah Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei.
Jelas kewujudan terusan ini akan mengundang saingan sengit kepada Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelapas dan Singapura.
Yudi Kurniawan Budi
Ketua Penerangan
ISMA Caw. Kajang

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..