Sunday, May 24, 2015

Perghhh !! Doktor Tertidur Waktu Bertugas..



Ingat tak, kejadian anggota polis ditangkap gambar ketika tertidur yang diviralkan yang akhirnya anggota tersebut diarahkan bertukar?

Kes yang hampir serupa berlaku di Mexico awal bulan ini, apabila seorang blogger mengambil gambar seorang doktor yang tertidur keletihan dibelakang kaunter pada jam 3 pagi, sambil mengutuk dengan kata-kata seperti "doktor sepatutnya kena bekerja", "masih ramai lagi pesakit memerlukan rawatan."

Tindakan blogger tersebut, mencetuskan reaksi solidariti dari para doktor seluruh dunia. Ramai doktor memuat naik gambar mereka tertidur ketika bertugas, sambil meletakkan hashtag berbahasa Mexico #YoTambienMeDormi (Saya juga pernah tertidur!). Ianya sebagai simbolik betapa doktor di seluruh dunia bekerja sehingga kepenatan dalam menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Anda boleh klik di sini untuk melihat koleksi gambar "doktor tertidur"

Hakikatnya, doktor juga manusia. Walaupun kami mempunyai masa rehat di luar hospital, ianya tentulah sama sekali tidak sama jika dibandingkan dengan beban kerja yang ada. Justeru itu, para doktor (termasuk saya), akan curi tidur di mana sahaja yang boleh setiap kali ada peluang.

Pengakuan jujur dari saya, ketika saya housemanship, saya mempunyai satu spot khas iaitu di dalam tandas di sebuah tingkat. Jika saya rasa tak tahan sangat mengantuk ketika mengikuti round, saya akan minta excuse sekejap untuk lari ke tandas tersebut. Saya akan set alarm di handphone untuk 10 minit, lantas cuba tidur dalam keadaan duduk di tandas tersebut. Cukup sepuluh minit, basuh muka, kemudian lari kembali ke wad sambung mengikuti rounds.

Port kedua adalah didalam surau. kadang-kadang saya sengaja melewatkan zuhur, pergi ke surau dalam pukul 4 petang ketika dah selesai tugas petang. Selesai solat zuhur, saya tidur bersila menunggu masuk waktu asar, dan selepas asar baru balik masuk wad.

Isu polis tertidur yang pernah menjadi viral di media sosial Malaysia sehingga menyebabkan mereka berdua ditukarkan tempat kerja.

Manakala pada waktu malam, apabila selesai admission atau blood taking, saya akan curi tidur di hujung wad seperti dalam gambar di bawah.

Dan bukan tak pernah, saya "diusik" ketika tidur di situ =p 

Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini 

Dan kemuncak dari keletihan ini adalah, bukan sedikit saya dengar kisah rakan atau senior yang kemalangan akibat mengantuk. Ada senior saya kemalangan di jalanraya Kodiang-Kangar kerana mengantuk. Ada senior saya kemalangan di lebuhraya Butterworth-Kulim ketika pulang dari oncall. Ada senior saya yang telah meninggal dunia pun.

Hatta awal bulan ini pun, kita mengenangi pemergian rakan doktor siswazah di Kota Bharu yang terlibat kemalangan ketika pulang balik dari oncall.

Bak kata rakan saya, "Lebih baik engkau tertidur ketika traffic light merah, berbanding engkau tertidur ketika roda tengah berputar." Dan ya, kalau bab tertidur di lampu merah, dah selalu sangat..

Mungkin expectation dari orang awam, doktor mesti kerja 24 jam tanpa henti, demi merawat dan menyelamatkan nyawa sendiri/anak/isteri dsb. Mungkin hasil dari expectation itulah kebanyakan doktor berubah menjadi mesin robot...pergi kerja balik kerja, hilang sense of humanity, hilang skill berhubung sesama manusia.

Sedangkan, kalau nak diikutkan, doktor adalah kerjaya paling dekat dengan jiwa kemanusiaan. Sepatutnya sebagai doktorlah paling boleh menghayati dan merasai sakit sengsara, menanamkan rasa empati dengan pesakit. 

Kerana itulah seringkali ditekankan, bahawa kerjaya sebagai doktor, kita bukan sekadar merawat penyakit. Bukan sekadar membetulkan nilai Hb atau mempreskripsikan Bisacodyl. 

It's much, much more than that. If only we can be human enough.

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..