Kuala Pilah: Kasih bapa tiada ternilai. Begitulah ketabahan seorang ayah tunggal yang sanggup mengenepikan kecacatan dialami demi menghantar dan mengambil tiga anak perempuan di sekolah setiap hari dengan menggunakan kerusi roda elektrik bagi memastikan insan tersayang itu selamat pergi dan balik.
Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini
Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini
Rosli Hamid, 47, yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) menempuh perjalanan sejauh hampir satu kilometer dari rumah sambil membawa ketiga-tiga anaknya, Najma Izzati, 9, Najwa Awatif, 6, dan Najwa Shazrin, 5, yang diletakkan atas kerusi roda, selepas kedua-dua kakinya lumpuh akibat kemalangan jalan raya lima tahun lalu.
Menurutnya, walaupun sedar bahaya menanti, namun ia tidak dapat menafikan kasih sayang seorang bapa selain mahu memastikan dia sendiri menghantar dan mengambil ketiga-tiga anaknya tanpa memerlukan bantuan orang lain meskipun terpaksa berpanas atau berhujan.
“Saya tidak mampu memberi kekayaan, tetapi setidak-tidaknya saya dapat menghulurkan kasih sayang dan pengorbanan kepada mereka. Inilah tanggungjawab saya setiap hari bermula jam 7 pagi hingga 1.30 petang.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..