- nthony Kulkamp Dias bermain gitar untuk membantu dirinya berjaga sepanjang pembedahan otak.
SANTA CATARINA - BRAZIL. Seorang lelaki bermain gitar demi 'memaksa' dirinya berjaga sepanjang proses pembedahan otak untuk mengeluarkan tumor beliau, minggu lalu.
Menurut laporan Telegraph, Anthony Kulkamp Dias, 33, diberikan anastetik, tetapi 'bermain gitar' lebih membantu dalam proses 'cerebral monitoring'.
"Cerebral monitoring penting untuk mengelakkan kecederaan berlaku pada kawasan melibatkan deria, pergerakan dan percakapan," kata jurucakap hospital Conceicao.
"Perbuatan Dias mengejutkan, tetapi pembedahan tetap dijalankan," tambah jurucakap tersebut.
Menurut Dias, beliau memainkan enam lagu pada satu-satu masa.
"Tangan kanan saya sedikit lemah kerana melibatkan kawasan otak yang mereka (doktor) sedang bedah," kata Dias ceria.
"Jadi saya berhenti dan berehat. Saya sambung (bermain gitar) dan saya juga berbual dengan doktor," jelasnya yang juga merupakan seorang pemain gitar profesional.
Untuk rekod, pembedahan tersebut merupakan pembedahan ke-19 yang melibatkan celebral monitoring.
Dias dibenarkan keluar dari hospital semalam.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..