Tuesday, June 9, 2015

Perghh Apa Cerita Ni Nak Ber 'selfie' Dalam Tandas



Lagi kes dakwaan mengenai Zul Ariffin marah peminat yang mahu bergambar dengannya.

Menurut sumber, ada dakwaan yang mengatakan pelakon lelaki itu meninggikan suara serta memarahi peminat yang mengajaknya bergambar bersama, baru-baru ini.

Terkejut dengan dakwaan tidak berasas itu, Zul Ariffin melalui Sinar Harian, tampil membuat penafian berserta dengan penjelasan panjang lebar. 
Amekkaw!

Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini masa hadapan

"Saya tak marah dia (peminat), saya cuma berkata dalam nada tegas kerana ketika itu adalah waktu saya bersama dengan keluarga. Saya faham dia mahu bergambar dengan saya, jadi saya cuma memintanya bersabar sebentar.

"Tambahan pula ketika itu, saya mahu menyimpan beg ibu saya sebelum kembali bergambar dengan individu itu," katanya.

Jelasnya lagi, sebelum ini pernah ada segelintir peminat yang tidak sabar bergambar bersama sehingga ada yang mengajaknya bergambar di dalam tandas. 

"Nak berselfie pun kenalah tempat dan masanya juga. Ada yang minta nak berselfie semasa saya sedang membuang air kecil? Nak selfie apa dalam tandas? Itu nak selfie atau nak rakam gambar apa?," katanya.

Tambahnya, dia menghargai sokongan para peminat yang suka dengan hasil kerja lakonannya tetapi meminta perkara remeh seperti itu usah diperbesarkan. - THEHYPEMEDIA.COM

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..