- Askar Israel dibebaskan selepas dipenjara awal minggu ini kerana didakwa memakan sandwic yang mengandungi daging babi. –Foto AFP
JERUSALEM - ISRAEL. Seorang askar Israel dibebaskan selepas dipenjara awal minggu ini kerana didakwa memakan sandwic yang mengandungi daging babi.
Menurut laporan AFP, askar tersebut yang dilahirkan di Amerika Syarikat (AS) dikatakan 'tidak biasa' dengan amalan pemakanan kosher Israel.
Difahamkan, sandwic berkenaan disediakan sebagai bekalan makanan oleh nenek askar berkenaan.
Askar tersebut dibebaskan setelah orang awam memaksa pihak tentera membebaskan beliau.
"Kami telah lakukan kesilapan," kata jurucakap tentera, Brigadier Jeneral Moti Almoz pada Selasa.
"Hukuman tersebut dibatalkan dan askar tersebut akan dilepaskan.
"Tentera Israel akan meneruskan (amalan) kosher tetapi kami tidak akan mengambil tahu mengenai sandwic (milik askar)," jelasnya dalam laman sosial Facebook.
Undang-undang Israel yang dikenali sebagai 'kashrut' melarang babi dan beberapa jenis makanan laut, selain melarang menyampur-adukkan daging bersama dengan produk tenusu.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..