KOTA BHARU – Kejam! Itu kata hakim kepada seorang penganggur sebelum menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan satu sebatan kerana merogol seorang remaja berusia 13 tahun yang turut diacukan parang dan ditumbuk.
kredit Oh media.. Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini
kredit Oh media.. Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini
Hukuman diputuskan Hakim, Mohd Yusoff Yunus terhadap Mohd Rezza Fitri Sepei, 30, di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini.
“Perlakuan kamu sungguh serius dan kejam! Saya harap hukuman yang dijatuhkan ini akan memberi peluang kepada kamu berfikir apa yang sudah kamu lakukan dan jadikannya pengajaran serta belajar daripada kesilapan ini,” kata hakim.
Tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 13 tahun 10 bulan itu di tepi kawasan tanah kosong berhampiran kebun getah di Kampung Tegayong, Melor, di sini, antara jam 11 malam dan 12 tengah malam, 19 April lalu.
Pada jam 9.30 malam kejadian, mangsa tertidur di bahagian tengah rumahnya bersama adik perempuan yang berusia 11 tahun. Tiba-tiba, mangsa dikejutkan oleh seorang lelaki yang dikenali dengan panggilan Mat Ropi iaitu tertuduh.
Tertuduh mengheret mangsa ke ruang tamu sambil mengacu parang kepada mangsa. Mangsa yang cuba melawan menyebabkan tertuduh terlanggar rak pinggan dan bunyi menyebabkan bapa mangsa yang ada di luar rumah masuk ke dapur.
Ketika itu, bapanya pula diacukan parang dan tidak dapat berbuat apa-apa. Tertuduh terus mengheretnya ke dalam hutan berhampiran rumah dan merogolnya. Mangsa cuba melawan, tetapi ditumbuk di bahagian kiri muka.
Seterusnya, mangsa kemudian meminta tertuduh supaya membenarkannya pulang dan tertuduh berpesan agar tidak menceritakan kejadian itu kepada ayahnya. Pada keesokan hari, mangsa dibawa ke balai untuk membuat laporan.
Pemeriksaan doktor di Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini, mengesahkan mangsa dirogol dan mengalami luka pada bahagian belakang dan lutut kiri. Mangsa cam tertuduh melalui kawad cam kerana memang kenal tertuduh.
Terdahulu, pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Kelantan, Mariah Omar memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira jenayah serius yang dilakukan terhadap remaja terbabit.
Hukuman diarah berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditahan pada 22 April lalu.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..