Friday, July 3, 2015

Perghh : JIJIK! LEMANG PERISA KATAK


KUALA LUMPUR - Seorang pengunjung bazaar ramadan terkejut dengan
penemuan seekor katak yang telah dimasak sebati di dalam lemang
yang baru dibelinya semalam.

Difahamkan, Farah Adila, membeli lemang berkenaan di sebuah bazaar yang
terletak di Jalan Kuching. 
Terbantut sahur si suami...
Gara2 makhluk ni y elok parking dlm lemang y dibeli kat bazaar smlm...
Kecut perut laki bini..terus loya nk mkn pe pon..huhu..
Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini .

Gambar yang dimuat naik oleh Farah ini menerima reaksi 'muntah' hijau dari
 rakan-rakannya. 

Berikutan itu, rakan-rakannya menyarankan Farah menghantar semula
 lemang tersebut kepada peniaga terbabit selain dari cadangan mengenakan
saman terhadap peniaga itu.

Namun, atas dasar tidak mahu memanjangkan kes berkenaan, Farah
tidak bercadang mengambil tindakan undang-undang. Tetapi mahu orang
ramai menyebarkan gambar itu agar pengunjung bazaar Jalan Kuching lebih berhati-hati.

Pengunjung bazaar dinasihatkan selalu memeriksa juadah makanan yang
 dibeli sebelum dimakan. Sebagai pengguna, kita tidak boleh terlalu yakin
 100% dengan tahap kebersihan makanan yang dimasak oleh
peniaga bazaar. - THEHYPEMEDIA.COM

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..