Sunday, July 26, 2015

Perghhh !!! Akhirnya ISTERI Beru Tahu Kenapa Suaminya Menonton Video.. S.e...



Sedang si suami tengah khusyuk melayan filem biru di dalam bilik, tiba-tiba datang isterinya membuka pintu bilik dan menjengah,

"Astagfirullah al azim abang! Apa awak ni tengok benda-benda kotor macam ni? Tak baik, berdosa, tak elok! Tak elok untuk keturunan." 

Si isteri membebel memberikan tazkirah, ceramah, hadis dan ayat-ayat terjemahan Quran dari petikan surah-surah. Suaminya pula tunduk sambil mendengar nasihat dan ceramah free dari isterinya. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri sebab sudah lali.

Namun dalam hatinya berkata, "semakin tinggi ilmu isteri aku bercakap tentang agama. Pandai Quran, pandai hadis, pandai macam-macam. Syukur aku mendapat isteri yang baik macam ni dan faham erti bab hukum hakam agama dosa dan pahala. Memang dialah isteriku yang baik Allah beri," sambil tersenyum bangga.

Sedang isterinya memberikan tazkirah dan nasihat yang panjang lebar, tiba-tiba isterinya merasa kehairanan melihat suaminya tersenyum. Lalu si isteri bertanya dengan nada tegas,

"Yang awak tu tersenyum senyum tu kenapa?!"

Lalu suaminya menjawab, "saya berasa bersyukur dan berbangga sangat kerana memiliki isteri macam awak yang semakin pandai dalam hal agama,"

"Yelah, saya belajar dan banyak membaca pasal agama, saya tahulah. Bukan macam awak yang asyik menonton filem dan gambar tak senonoh. Apa yang awak amal itulah yang awak dapat," balas isterinya.

"Kalau macam tu, maka inilah masa yang sesuai untuk saya memberitahu hajat saya," jelas si suami.

Hairan dengan kata-kata suaminya itu, "Hajat? Apa hajat awam?" soal si isteri dalam keadaan yang terpinga-pinga.

"Saya nak tambah isteri seorang lagi sebab nak mengelakkan maksiat dan juga menonton filem biru." jelas suaminya tanpa sedikit rasa takut.

"APA?! Nak mampus!? Boleh! Tapi awak ceraikan saya dulu. Awak duduklah dengan isteri baru awak tu. Anak-anak semua saya bawa. Dasar lelaki cuma tahu nak perempuan sahaja." bentak isterinya.

Terpinga-pinga si suami dengan jawapan yang keluar dari mulut isterinya. Dalam hatinya berkata, "Hekk ellehhhh... salahkah aku menjadi lelaki yang fitrahnya memang suka kepada wanita? Apa yang dia belajar apa yang dia faham" - THEHYPEMEDIA.COM

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..