Beliau menyifatkan kata-kata perwakilan itu sebagai 'kesat' dan tidak sepatutnya berlaku.
Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini
"Kadang-kadang cara perasaan itu diluahkan, dengan kata-kata yang agak kesat. Yang itu saya sedikit kesal...bukan sedikit, memang rasa kesal," katanya selepas menyaksikan majlis pemeteraian perjanjian antara BDB Land Sdn Bhd, Maybank dan OCBC Al-Amin di sini, hari ini.
Setakat ini, katanya tiada apa-apa aduan dibuat oleh Umno Langkawi terhadap perwakilan itu dan berharap insiden itu tidak berulang lagi.
Ahli Perwakilan Wanita Umno itu mengkritik Najib yang juga Perdana Menteri pada mesyuarat perwakilan Umno Langkawi minggu lepas.
Mukhriz berkata, beliau juga menerima beberapa laporan mengenai ucapan-ucapan penangguhan di peringkat Pemuda Umno yang boleh dianggap keras bahasanya.
"Apa sekali pun yang mahu disampaikan, biarlah dengan cara berhemah," katanya. - Bernama
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..