Ulasan seorang ustazah dalam rancangan Fiqh Wanita disiarkan oleh TV3 mengundang kritikan dari netizen di laman sosial.
Rancangan yang membincangkan kebaikan serta khasiat susu ibu kepada bayi itu mendakwa bayi yang diberi minum susu lembu akan cepat menjadi pemarah kerana DNA lembu yang sifatkan cepat marah telah masuk ke dalam badan bayi.
Justeru, netizen khususnya para ibu yang tidak bersetuju dengan dakwaan itu, mengkritik ustazah berkenaan dan mengatakan beliau seolah-olah menghina golongan ibu yang tidak dapat menyusukan anak dengan susu badan.
Bagi netizen, adalah tidak adil ustazah berkata seperti itu kerana ada segelintir ibu yang tidak mampu mengeluarkan susu badan lagi yang mana dipengaruhi dengan faktor-faktor tertentu meski pun diperah menggunakan 'teknologi' perahan zaman ini. - THEHYPEMEDIA.COM
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..