Tuesday, September 1, 2015

Pemungut Hutang Di Tembak mati oleh Penjenayah

 Maut di tembak ketika menunggang motosikal 

GEORGETOWN- Seorang lelaki berusia 31 tahun maut apabila ditembak penjenayah di Jalan Sultan Azlan Shah, di sini pagi tadi.

Ketua Jabatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Zakaria Ahmad berkata, mangsa yang ditembak di beberapa bahagian badannya maut ditempat kejadian.

"Mangsa yang menunggang motosikal berseorangan dari arah Jelutong ke Gelugor ditembak di kepala, dada serta badannya maut dalam kejadian pada jam 8.30 pagi tadi. Mangsa dipercayai ditembak dari jarak dekat sebelum terjatuh ke atas jalan.

"Polis masih menyiasat punca kejadian dan kini sedang giat memburu penjenayah berkenaan. Siasatan awal, mangsa bekerja sebagai pengutip hutang dan bukan ahli kongsi gelap," katanya ketika ditemui di tempat kejadian tadi.

Zakaria berkata, mangsa seorang duda dan mempunyai seorang anak.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan mandatori gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Keterangan gambar-

Mangsa maut di tempat kejadian dipercayai ditembak dari jarak dekat di Jalan Sultan Azlan Shah pagi tadi.

Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini





No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..