Monday, August 17, 2015

Perghh Anak Saya Nyaris Di Culik Pemandu Van Putih



Peringatan kepada semua ibu bapa. Saya terpanggil untuk kongsikan apa yang berlaku pada 10 Ogos (Melaka) baru-baru ini.

Pada jam 4.53 petang, anak saya keluar membuang sampah di luar rumah. Mungkin kerana dia ingat pesan saya supaya berhati-hati dan tengok kiri kanak terlebih dahulu jika mahu keluar rumah. 

Jadi, dia snagat berhati-hati pada hari itu. Dari jauh, dia nampak sebuah van berwarna putih di hujung lorong rumah kami. Dengan tiba-tiba van itu dengan pintu yang terbuka meluru ke arah anak saya.

Mujurlah autogate sempat tertutup kemas. Namun, van putih itu undur semula dengan laju. Mungkin dengan harapan anak saya akan keluar semula. Nasib baik dia sempat menyorok. 


Setelah beberapa ketika, barulah van putih itu berlalu. Ya Allah, berderau darah saya bila tengok balik kejadian itu melalui rakaman CCTV. Namun, Alhamdulillah, syukur kerana anak saya selamat dan dilindungi Allah.

Ditulis semula untuk siaran di 

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..