Kematian dua rakyat Malaysia itu disahkan oleh pegawai Kedutaan Malaysia di ibu negara Thailand malam tadi.
Letupan pada kira-kira 7 malam (8 malam waktu Malaysia) berlaku di persimpangan Ratchaprasong, berdekatan dengan Kuil Erawan dan pusat beli-belah Bangkok.
Ia turut merosakkan beberapa kereta dan motosikal.
Selain itu, laporan menyatakan beberapa penjaja jalanan dipercayai antara mangsa letupan itu.
Ketua Polis Thailand Jeneral Somyot Poompanmouag berkata kemungkinan warga China dan Filipina adalah antara 16 orang yang terkorban akibat letupan bom itu.
Sumber polis lain pula berkata mangsa mungkin termasuk pelancong dari Jepun dan Hong Kong.
Somyot kemudian mempengerusikan satu mesyuarat di ibu pejabat polis selepas melawat kawasan letupan itu.
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..