Friday, September 11, 2015

Jutawan Egypt Mahu Beli Pulau Untuk Pelarian Syria




Mulia sungguh hati seorang jutawan Egypt, Naquib Sawiris yang mahu mengunakan wangnya sendiri untuk membeli sebuah pulau bagi menempatkan pelarian Syria dan memberi kehidupan yang lebih baik kepada mereka.

Beliau bersedia memberi perlindungan kepada ribuan pelarian di pulau yang akan dibeli dengan harga kira-kira 10 hingga 100juta samaada Greece atau Italy.



Menariknya, pulau yang akan dibeli itu bakal dinamakan bersempena kanak-kanak lelaki Syria 3 tahun, Alan Kurdi yang mati lemas ketika bot yang dinaiki karam di perairan Turkey. Ibu dan abang Alan turut maut dalam kejadian itu.

Walaupun menyediakan tempat tinggal buat para pelarian tersebut, mereka bebas untuk kembali ke tempat asal jika mereka mahukan pada bila-bila masa sahaja.

Menurut jutawan yang berhati mulia ini, dia turut akan membina perumahan, hospital, university dan hotel turut akan dibangunkan di pulau tersebut.
"Apa yang saya perlukan adalah persetujuan orang di pulau tersebut dan selepas itu tiada apa lagi yang saya mahukan. Saya akan bayar mereka, menyediakan peluang pekerjaan, dan menjaga logistik. Saya tahu saya boleh lakukannya."

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..