ALOR GAJAH - Seorang pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Dol Said lemas ketika cuba menyelamatkan rakannya di Sungai Kampung Petai di sini, hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah Penolong Penguasa Kanan Bomba, R. Bajiyen berkata kejadian kira-kira 10.30 pagi itu berlaku semasa Mohd Razif Ramli, 16, dan lima rakannya memancing di sungai itu.
Semasa memancing, seorang rakannya Mohd Syamil Akmal, 16, mandi di sungai
berkenaan tetapi dia mula lemas.
"Mangsa (Mohd Razif) yang melihat rakannya hampir lemas, bertindak terjun ke sungai itu untuk menyelamatkan rakannya. Tetapi dia akhirnya lemas dan rakannya dapat diselamatkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mayat Mohd Razif ditemui di dasar sungai itu kira-kira 2 petang tadi selepas kira-kira tiga jam operasi mencari dan menyelamat dilakukan Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan bantuan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.
Bajiyen berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 11.58 pagi dan mengarahkan sebuah jentera dari Balai Bomba Alor Gajah ke tempat kejadian.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat.
Sementara itu, ibu mangsa Hamidah Ismail, 52, berkata anak bongsunya daripada lima beradik menunjukkan perubahan sikap dengan menjadi pendiam sejak seminggu lepas.
Beliau berkata Mohd Razif sepatutnya mengikut ayahnya ke kedai gunting rambut tetapi mahu keluar memancing.
"Biasanya dia akan ikut sahaja tetapi kali ini dia pilih untuk keluar memancing. Mungkin ajalnya sudah tiba dan kami reda dengan ketentuan ini," katanya. - Bernama

No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..