Wednesday, October 7, 2015

Foto Beruniform JPJ Jadi Viral Beri Rezeki Mira Filzah




Mira Filzah manis orangnya.
PETALING JAYA: Pelakon baharu iaitu Mira Filzah tidak menyangka popularitinya naik secara mendadak gara-gara gambarnya memakai uniform anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang disangka penguatkuasa sebenar menjadi viral di internet.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 22, berkata, pada mulanya dia disangka penguatkuasa JPJ selepas menyertai operasi sebenar sekatan jalan bagi menjayakan drama Din Sardin pada Ogos lalu.
"Saya tidak sangka gambar saya dapat perhatian apabila tersebar dilaman blog dengan menganggap saya adalah anggota JPJ kerana mereka tidak kenal saya pelakon baru.

"Lagi pula saya menggunakan pemakaian uniform yang betul mengikut nasihat pihak JPJ," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Isnin.

Mira diminta mengulas tentang gambarnya yang disangka anggota JPJ ketika menjalani penggambaran drama sehingga ia berjaya menarik perhatian ramai lelaki dan menjadi viral.


Gambar-gambar Mia Filzah yang memakai uniform anggota penguatkuasa JPJ ketika penggambaran Din Sardinmenjadi viral.

Telefilem Din Sardin turut dibintangi oleh pelakon Izzue Islam dan bakal ditayangkan pada Oktober ini di TV9.

Sementara itu, Mira berkata, kekeliruan itu turut berlaku terhadap Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad yang turut meenyangkakan dia adalah anggota penguatkuasa ketika sesi pertemuan pihak produksi bersama agensi itu.

"Ketika itu kami ada pertemuan dengan pihak JPJ dan pelakon juga diminta untuk bertemu dengan Datuk Seri Ismail Ahmad.

"Dalam sesi itu saya masih memakai pakaian uniform kerana baru pulang dari penggambaran sehingga beliau berasa pelik dan bertanya saya dari bahagian mana kerana tidak pernah nampak saya sebelum ini," ujarnya.

Sementara itu, Mira berkata, perkara tersebut sedikit sebanyak membuatkan orang ramai sedar tentang kehadirannya dalam industri lakonan tanah air.

Disebabkan itu dia juga mula mendapat perhatian untuk membintangi beberapa drama dan telefilem tempatan.

"Saya masuk dalam industri sebagai pengacara program iaitu KL TV, Hijabista dan Qari Junior dan selepas itu saya dapat tawaran membintangi drama Eksperimen Cinta di slot Dahlia April lalu.

"Selepas itu saya ditawarkan untuk drama Abang Haji dan Abang Beduk yang ditayangkan pada Aidiladha lalu di TV3 dan Astro Oasis kemudian barulah Din Sardin.

"Alhamdulillah, nampaknya tawaran berlakon lebih banyak sekarang ini berbanding menjadi pengacara termasuk slot Akasia akan datang berjudul Cinta Si Wedding Planner," ujarnya.

Dalam pada itu, Mira berkata, sebagai pelakon yang berhijab, dia juga meletakan syarat kepada produksi drama agar tidak ada babak bersentuhan biarpun berlapik.

Katanya, ia merupakan perkara penting sejak awal pembabitannya ke dunia lakonan.

"Saya sudah cakap awal-awal pada pangarah bahawa syarat saya tidak mahu babak romantik yang bersentuhan dengan pelakon lelaki biarpun berlapik. Alhamdulillah, setakat ini mereka menerima syarat itu,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..