BEIJING - Golongan lelaki berpendapatan rendah disarankan berkongsi isteri bagi mengatasi masalah mencari isteri.
Saranan yang dibuat oleh Profesor Xie Zuoshi berdasarkan golongan lelaki di negara itu berdepan dengan masalah kaum wanita yang semakin ramai menyebabkan golongan lelaki terdesak mencari wanita untuk untuk dijadikan pasangan hidup sehingga menjadikan wanita komoditi berharga.
Menurut Profesor Zuoshi, lelaki berpendapatan tinggi tidak mengalami masalah untuk mencari isteri kerana mereka berkemampuan dari segi kewangan.
Bagi golongan lelaki berpendapatan rendah, mereka disaran bergabung mencari wanita yang sudi berkongsikan suami.
Jelas Profesor Zuoshi, perkara itu bukan baru kerana di beberapa kawasan pendalaman miskin, berlaku kes dua adik beradik lelaki berkahwin dengan seorang wanita dan mereka hidup bahagia dan aman.
Malangnya, cadangan itu dikritik dan tidak diterima berikutan terdapat beberapa aktivis wanita mengecam idea itu tidak adil dan tidak bermoral menyebabkan Profesor terbabit menyelar tindakan mereka.
"Jangan bercakap soal moral dengan saya. Jika kita terus membiarkan 30 juta lelaki bujang hidup tanpa wanita, mereka tidak mempunyai harapan untuk kehidupan seterusnya dan mungkin beralih kepada kegiatan merogol, membunuh dan keganasan yang lain," katanya.
Dia juga mencadangkan agar masyarakat menerima golongan homoseks dan mengimport wanita dari negara jiran.
Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini
Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..